Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, October 29, 2009

Pakatan Rakyat : Tok Guru Dah Jadi Selipar Buruk PAS

Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para AJK PAS Pusat. 75% dari keseluruhan AJK yang hadzir bercakap dan hanya Cikgu Pa serta Abu BAkar Chik sahaja yang menyokong Hasan Ali.

Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak dari apa yang dituliskan oleh beliau. Yakni, jelas beliau mahu ketiga2 yang dinamakan dalam blog beliau dibuang.

Sepanjang perbahasan para AJK PAS Pusat telah sanggup berkompromi untuk tidak mengambil jalan EGM. Cumanya, disebabkan bukti yang cukup banyak terhadap Hasan Ali maka permintaan mereka adalah Hasan Ali ditukar dari menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Ertinya, bagi mencari jalan tengah untuk menguraikan kekusutan, permintaan yang amat sederhana yakni menukar Pesuruhjaya Selangor. Itu sahaja.

Namun, permintaan MAJORITI AJK PAS PUSAT ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke JK Disiplin. Tidak diberitahu samada keseluruhan YDP ataupun hanya beberapa orang sahaja yang akan dihadapkan pula.

Pengumuman Presiden Tidak Mewakili AJK PAS Pusat tapi Mewakili Cikgu Pa dan Geng Terengganu

Pengumuman yang dibuat Presiden PAS malam tadi BUKAN keputusan yang dipersetujui oleh AJK PAS PUsat malam tadi. Hakikatnya, mesyuarat malam tadi berakhir dengan tiada keputusan.

Hakikatnya lagi, keputusan malam tadi adalah keputusan yang dibuat oleh Geng Terengganu mewakili kehendak Cikgu Pa dan penyokong2 nya. Tiada undi yang diambil, tiada pertanyaan samada keputusan yang diumum Presiden itu diterima atau tidak.
Mesyuarat ditutup TERGANTUNG tanpa apa-apa keputusan namun tiba-tiba keluar keputusan yang kita dapat baca dalam dada2 akhbar.

Sedih saya sangat-sangat.



Tok Guru Dah Jadi Selipar Buruk Dalam PAS. Cikgu PA dan Geng Terengganu Lebih Utama Itulah hakikatnya yang telah berlaku. Tok Guru dah jadi Selipar buruk dalam PAS. Dari permintaan Tok Guru yang 3 itu, satu pun mereka tak boleh kompromi. SATU PUN MEREKA TAK BOLEH KOMPROMI.

Tok Guru telah diketepikan begitu sahaja dengan begitu mudah seperti selipar jepun. Bagi saya wajib diadakan EGM bagi mengembalikan kekuasaan serta pengaruh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam PAS.

Sumber @ http://bloglistpolitik.blogspot.com/2009/10/dalam-pas-ternyata-mustafa-ali-lebih.html

KOMEN : SUATU HARI NANTI APA YANG CHEDET KATA AKAN MENJADI KENYATAAN KEPADA NIK AZIZ DAN KEPUTUSAN SEMALAM ADALAH SUATU KEJAYAAN KEPADA PUAK-PUAK PAS YANG TUJUANNYA UNTUK MENGSELIPAR BURUKKAN NIK AZIZ.... NEXT PAST ADA YANG DESAK NIK AZIZ BERHENTI. POLITIK KADANG-KADANG TAK KENAL SIAPA.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Anonymous,  October 29, 2009 at 10:44 PM  

TGNA = PENYAPU BURUK

pak mat,  October 29, 2009 at 11:41 PM  

Beginikah sikap org yg mengaku menyokong TGNA. Cuba mengapi apikan pemimpin? Dah dibuat keputusan tunggu dan patuhlah . Cuba belajar bersabar dan jgn jadi pengacum. Ingat, anda akan ditanya tentang apa yg anda tulis . Jgn ikut nafsu.

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP