Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang : Jika Rakyat Pematang Pauh TETAP pilih AnWAR begitu jugalah Bagan Pinang TETAP pilih ISA

Pertama kali semalam dalam sejarah hidupku , aku melihat calon BN yang mendapat sokongan padu tanpa mengira peringkat dari seluruh pelusuk penyokong dan penduduk setempat.

Andai ditakdirkan bukan nama Tan Sri Isa Samad yang diumumkan semalam, saya rasa terbalik habis semua khemah di tempat pengumuman calon semalam dan dengan buta-buta sahaja PAS @DAPig berjaya menambah satu lagi kerusi dalam DUN Negeri Sembilan.

Tapi,Syukur kepada Allah kerana pemimpin tertinggi parti mendengar suara rakyat marhaen Bagan Pinang yang mahukan Tan Sri Isa menjadi wakil mereka di dalam DUN.

Ambillah peristiwa semalam sebagai pengajaran kepada semua ahli politik Umno dan BN. Lain kali ingat semasa kita berkuasa jangan lupa kepada rakyat bawahan dan jentera parti. Semasa kita dikenakan tindakan disiplin oleh parti sekalipun jangan kita mengkhianati parti. Orang akan kenang kita walaupun di mana sekali kita berada. Itulah resepi kejayaan Tan Sri Isa Samad.

Isu politik wang dan rasuah yang dimainkan oleh pembangkang di Bagan Pinang tidak akan laku. Penduduk setempat tidak pandang pun isu tersebut. Ianya hanya dimainkan oleh mereka-mereka yang datang dari 'Kolumpo'. PAS@DAPig di Bagan Pinang akan menerima nasib yang sama sepertimana UMNO terima di Permatang Pauh.

Cakaplah apa saja pasal Anwar atau bersumpahlah dengan 44 biji Quran sekalipun rakyat Permatang Pauh tidak peduli. Yang mereka tahu Anwar mesti jadi wakil mereka di Parlimen.

Begitulah senarionya di Bagan Pinang. PAS@DAPig boleh cakap apa saja pasal Tan Sri Isa, tapi rakyat Bagan Pinang tak akan peduli semua itu. Pada mereka,jika Anwar Ibrahim seorang peliwat dan seorang bekas banduan boleh diangkat sebagai pemimpin dan dicanangkan sebagai bakal PM,apa lagi Tan Sri Isa yang hanya dikenakan tindakan oleh lembaga tatatertib disiplin parti.

Kepada PAS@DAPig, lebih baik tarik diri dan tidak payah bertandinglah. Buang masa dan duit sahaja. BN telah pun memenangi pusingan awal semalam. Dari segi calon, BN sudah menang dan sokongan rakyat di tempat pengumuman calon semalam pun BN sudah menang. Sudah 2-0 BN memang. Kamu mahu bertanding lagikah PAS@DAPig ?

Dibawah ini sedikit gambar-gambar yang sempat saya rakam semalam menggunakan kamera cabuk saya. Minta maaf kalau ada gambar yang tidak jelas.

Di bawah lagi ada pula gambar-gambar sekitar majlis pengumuman calon pihak sebelah sana.









Kepada pembaca, anda tafsirlah sendiri berapa ramai penyokong BN yang hadir di majlis pengumuman calon BN semalam. Saya tidak pandai hendak tarfsirkan. Yang saya tahu, tanah seluas 4 ekar semalam penuh sesak dengan manusia dan makanan yang disediakan untuk 10 ribu orang tidak cukup. Itu sahaja yang saya tahu.

Sumber : http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/09/nizar-oiii-kalau-bukan-isaterbalik.html

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP