Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, March 23, 2011

Rakaman Video Aksi Seks Pemimpin Politik : Komen Umum

1. Zaid Ibrahim : Seorang bekas pemimpin kanan PKR berpendapat masih belum terlewat bagi parti pembangkang terutama PAS untuk mengkaji semula hubungan pakatan dengan PKR yang kini berdepan dengan
isu video lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Zaid Ibrahim berkata sewajarnya hubungan itu perlu dikaji semula kerana sudah terlalu banyak isu integriti membabitkan Ketua Umum PKR itu dipertikaikan termasuk isu video lucah itu.

2. Dr Khir Toyo : Dr Khir berkata jika ada lelaki lain yang hampir seiras dengan Anwar mengaku beliau lelaki dalam video berkenaan maka, ia boleh menukar persepsi ramai. "Malahan jika terbukti kemudiannya lelaki dalam video tersebut bukan Anwar, maka beliau akan menggunakan isu ini untuk menjustifikasikan segala tuduhan lain terhadap beliau termasuk kes mahkamah beliau sebagai fitnah dan konspirasi. 

3. Zulkifli Noordin : “Jangan kita terperangkap. Tiada siapa tuduh Anwar, tetapi dalam masa kira-kira tiga jam selepas pendedahan itu, beliau mampu buat sidang akhbar mendakwa bukan ‘pelakon’ video tersebut selain kata perut buncit. Dia kata tidak tengok, tetapi mana dapat maklumat? “Selain itu, pagi ini beliau membuat laporan polis, perkara yang tidak pernah dilakukannya dalam tuduhan-tuduhan sebelum ini. Pada saya, kecepatan dan ketangkasan beliau bertindak sangat meragukan. Soalnya, mengapa dalam soal ini cepat bertindak, isu DNA pula lambat?” 

4. Zahrain Mohamed Hashim : “Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan esok.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP