Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Saturday, January 8, 2011

Amah tidak diperkosa oleh DS Rais Yatim

Petikan dari Utusan Online : JAKARTA 7 Jan. - Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) hari ini menegaskan, tidak wujud sebarang kes pemerkosaan melibatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim dengan pembantu rumah dari Indonesia seperti mana digembar-gemburkan.

Ketuanya, Jumhur Hidayat berkata, berdasarkan kepada keterangan daripada pembantu rumah berkenaan iaitu Rubingah, kejadian tersebut tidak pernah berlaku sepanjang dia bekerja dengan Rais.

''Malahan dalam kenyataan bertulisnya, Rubingah turut menafikan berlaku sebarang perbuatan tidak senonoh oleh majikannya itu,'' kata beliau seperti mana dilaporkan oleh Detik.com hari ini.

Penjelasan Jumhur adalah berdasarkan kepada pertemuan empat pegawai Balai Pelayanan, Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI), Semarang dengan Rubingah dan suaminya, Sukirman, baru-baru ini.

Rubingah bekerja di rumah Rais mulai tahun 1999 hingga 2007 selepas itu dia kembali ke kampungnya di Banjarnegara, Jawa Tengah.

Dia mempunyai dua anak iaitu Monika Umami, 26 dan Agustina Umami, 21.

Menurut Jumhur, beliau sudah menyerahkan penjelasan Rubingah kepada Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak supaya berhati-hati dalam membuat tuduhan sedemikian kerana ia berkait rapat dengan nama baik Rubingah dan keluarga wanita tersebut.

Sementara itu, dalam kenyataan bersumpahnya, Rubingah menjelaskan, sepanjang 8 tahun bekerja dengan Rais tidak pernah berlaku sebarang gangguan seksual ke atasnya.

''Semuanya baik-baik sahaja tidak pernah ada masalah, apa tah lagi berkaitan perlakuan tidak senonoh terhadap saya," katanya.

Nota : Aku tak fikir geng Pakatan akan berhenti malah berbagai analisa baru akan dibuat. Kalau Pakatan yang buat walaupun betul pasti katanya tak betul seperti yang jelas dan bersuluh didedahkan oleh wikileaks tentang kes DSAI. Setakat ni tiada pulak pengakuan bersumpah DSAI seperti Rubingah ni utk menafikan.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Anonymous,  February 17, 2011 at 12:04 AM  

Ia ke tak perkosa? Boleh percaya ke? Pak Rais dah upah Rubingah untuk memberi keterangan palsu. Pak Rais selamat sebab dia orang Umno, dia orang kerajaan. Polis akan bantu dia untuk tutup kes.

Benda-benda macam ni dah lama UMNO buat. Kes Rahim Thamby Chik, kes Megat Junid, kes Bank Bumiputera, Kes Perwaja. Semuanya lenyap begitu saja.

win win malaysians,  February 17, 2011 at 3:20 PM  

sokong,selagi alkeparat melaun masih diatas selagi tu melayu mcm keldai kurap bawa brg...cilaka dan bodo siapa yg takut nak ubah,cakap kat tv123/4bergetar2 pembohongan waa dah lama tau,baik prof dll mcm takut tuhan....kalau ni berubah,waa nak palit najis di muka mereka dgn cara apa sekalipun....

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP