Kes Liwat AnWAR : Saiful Bukhari buat laporan polis mesej ancaman bunuh
Mohd Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis berhubung mesej ancaman bunuh terhadapnya di laman peminat facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohd Saiful membuat laporan polis itu di ibupejabat polis Sentul tengahari ini.
Menurut laporannya itu, Mohd Saiful berkata dia menerima satu emel yang tidak dikenali semalam, yang memaklumkan kepadanya mengenai mesej ancaman bunuh itu beserta salinan skrinnya.
Mohd Saiful kemudiannya bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani oleh peguamnya selepas membuat laporan polis itu.
"Ini adalah satu ancaman bunuh ke atas diri saya dan ini adalah suatu ancaman yg serius. "Saya bimbangkan keselamatan diri saya dan keluarga," katanya.
Sumber @ http://www.malaysiakini.com/news/124017
0 comments:
Post a Comment