Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Friday, February 5, 2010

Kes Liwat AnWAR : Berkaca Mata HITAM untuk lihat ilmu hitam

1. AnWAR dan mata cukup sinonim! Azizah isterinya ialah doktor mata, lambang partinya juga berasaskan mata. Beliau muncul kali pertama di mahkamah setelah ditangkap 12 tahun lalu dengan mata lebam. Kali ini (semalam) beliau muncul dengan kacamata hitam. Jarang sekali AnWAR muncul di khalayak ramai berkacamata hitam.

2. Pelbagai tafsiran kedengaran di mahkamah semalam. Bagi yang menentang AnWAR, kedengaran sinis mengatakan AnWAR seperti 'gigolo'. Bagi yang neutral, mereka mengatakan AnWAR seperti 'James Bond' yang macho. Dalam perbualan dengan penyokong AnWAR dari Ptg. Pauh, AnWAR tidak mahu bertentang mata dengan 'kuasa-kuasa jahat' yang cuba melemahkan AnWAR dengan ilmu hitam....???

3. Amat lucu sekali pandangan dari penyokong AnWAR dari Ptg. Pauh itu. Kononnya dengan berkacamata hitam AnWAR boleh melihat 'kuasa-kuasa jahat' yang bergantungan di keliling lobi mahkamah (alahai.....penyokong AnWAR yang kelabu asap !). Di dalam mahkamah, AnWAR dilaporkan tidak mahu bertentang mata dengan mangsa nafsu buasnya. Takutkah ??

4. Kata penyokong AnWAR, AnWAR tak mahu bertentang mata dengan mangsa/pengadu kerana rasa meluatnya yang amat sangat terhadap pengadu. Jika AnWAR melakukannya, pastilah mata yang membuka jalan. Mata adalah kurniaan ALLAH (tidak boleh dikongsi), manusia yang menggunanya ke jalan benar atau salah...

5. Di Pulau Pinang, TKM II Mansor Othman (Bukan Dr. ye), juga telah membeliakkan matanya di depan lensa kamera mengulas kenyataan Tan Tee Beng (PKR-Nibong Tebal). Seorang bekas pegawai AnWAR pernah memberitahu "apabila Mansor membeliakkan mata, itu tandanya beliau teramat marah". Semalam matanya telah terbeliak...

6. 'Mata terbeliak' Mansor ini sering menjadi bahan ketawa di kalangan PKR Pulau Pinang. Mansor tidak boleh menerima kritikan. Tanyalah Wan Azizah, bahkan AnWAR pun tahu. 'Beliak' mata Mansor mencerminkan krisis DAP-PKR di Pulau Pinang adalah serius. Mungkin beliau boleh tanya AnWAR dari mana AnWAR dapat kacamata hitam utk melindunginya.

Berbalik kepada AnWAR, rata-rata mengatakan bahawa riak dan lirik mata AnWAR tidak seceria dahulu. Lantas saya teringat bait-bait senikata indah dendangan seniman R. Azmi :

" Dari kerana mata
yang mempunyai kuasa.....

Oh ! Aku tergoda ( 2x)
terkeciwa..... ( lebih baik selepas ini ditukar kepada "terpenjara..)

Sekian.

Sumber @ http://x-pkr.blogspot.com/2010/02/anwar-dari-kerana-mata.html

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP