Akhirnya ISLAM juga yang salah??
1, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata tindakan cuba membakar empat buah gereja di sekitar Lembah Klang semalam adalah perbuatan berdosa dan akan menerima balasan di akhirat nanti.
"Jadi tiap-tiap orang nak bakar gereja...dia kena reti, gereja ini harta kawan kita orang Kristian... bila kita bakar kita telah melukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak," katanya.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menutup majlis Taklimat Isu-Isu Penerangan PAS Pusat di Shah Alam hari ini
atanya perbuatan membakar gereja di sebalik kehangatan bantahan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain boleh terjadi apabila segelintir rakyat kehilangan sensitiviti dan kesucian agama dalam diri masing-masing.
Katanya apabila orang tidak mempunyai nilai sensitiviti agama maka perbuatan membakar gereja tidak menjadi masalah kepada pelakunya kerana mereka tidak mengenal soal dosa atau pahala.
2. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyerang tiga buah gereja dengan bom api di Lembah Klang semalam.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas meninjau kerosakan bangunan gereja Metro Tabernacle di Wang Maju hari ini.
Malah, kata Abdul Hadi, sewaktu perang pun umat Islam dilarang memusnahkan tempat ibadat, "apatah lagi ketika kita hidup dalam aman".
Beliau ditemani timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Mereka adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang melawat bangunan gereja tersebut.
Dalam kejadian tengah malam semalam, pejabat pentadbiran di tingkat bawah bangunan gereja tersebut hangus terbakar.
Kerosakan tersebut sangat teruk sehingga mengakibatkan keseluruhan bangunan tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula dijadual melawat bangunan gereja itu pada jam 5 petang ini.
KOMEN : AKHIRNYA PEMIMPIN SUDAH TERLUPA KENAPA KEMARAHAN INI BERLAKU??? MAKA BERBONDONG-BONDONGLAH PEMIMPIN MENGUTUH DEMI MENDAPAT UNDI.
1 comments:
Salam bro, itulah pandangan dari seorang ulama politik..... fatwa demi fatwa akan dikeluarkan asal menguntungkan........ tapi disebalik isu, merekalah yang mencetuskannya.....
Post a Comment