Penyokong PR DESAK AnWAR dibicara untuk kes Liwat
Berikut adalah kenyataan saya diblog ini pada 30hb Nov 2009;
"Untuk makluman, ramai juga diantara mereka(penyokong, rakan dan barisan pimpinan tertuduh) memberikan sokongan dan simpati dalam diam. Walaupun ada diantara mereka yang masih enggan percaya, namun mereka semua bersetuju agar kes ini dibicarakan bagi mengetahui kebenaran dan kesahihannya, bukannya lari dari perbicaraan. Terima kasih diucapkan kerana bersikap rasional dan adil".
Dalam kenyataan saya itu, saya ada menyatakan bahawa walaupun ada diantara penyokong tertuduh masih enggan percaya, namun majoriti mereka bersetuju agar kes ini dibicarakan di Mahkamah bagi mengetahui kebenaran dan kesahihannya.
Hatta inilah buktinya. Berikut adalah desakan penyokong tertuduh pada hari ini;
"Kira-kira 30 anggota PKR mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini. Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut mereka, prosiding Mahkamah Syariah boleh berjalan serentak dengan prosiding di mahkamah sivil."Alhamdulillah, setelah lama mereka(penyokong tertuduh) berdiam diri dan bersabar menanti bila perbicaraan ini akan berjalan, akhirnya pada petang tadi mereka bersuara dan meluahkan perasaan dihati yang sudah lama dipendam.
Walaupun mereka mendesak agar kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah, namun mereka juga turut mahukan kes ini dibicarakan di Mahkamah Sivil seiring dengan Mahkamah Syariah. Kesimpulannya, mereka mahukan kes ini DIBICARAKAN. Ternyata, mereka semua mahukan kebenaran. Ia sama sekali bertentangan dengan hasrat tertuduh yang sebelum ini mahu kes ini langsung tidak dibicarakan.
Pada hemat saya pula, Insyaallah, saya sudah lama bersedia untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.
Buat tertuduh, penyokong anda pun telah bersuara. Mereka mahukan KEBENARAN. Jadi, janganlah berdolak-dalih lagi untuk berdepan dengan perbicaraan.
Penyokong anda seru "Lawan Tetap Lawan"(tulisan banner pada gambar diatas), bukan "Tangguh Tetap Tangguh", seperti kata kolumnis Awang Selamat.
Sumber @ http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2009/12/gugur-kes-tanpa-bicara-bukti-penyokong.html
0 comments:
Post a Comment