Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Monday, November 23, 2009

NIZAR TERKINI : KICKDEFELLA PENCETUS KRISIS KELANTAN

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan Exco kanan Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa akan melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan negeri itu.

Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Beliau menyifatkan tindakan sebuah akhbar harian yang menyiarkan laporan itu hari ini sebagai usaha untuk memecahbelahkan PAS dan melariskan jualan akhbar berkenaan.

"Saya baru baca sebuah akhbar rasa terlalu amat terkejut dengan siaran tajuk Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.

Laporan itu memetik beberapa sumber sebagai berkata hasrat Husam itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz yang sekali gus memberikan Husan cuti lima hari bermula hari ini untuk berehat dan menenangkan fikirannya.

Nik Abdul Aziz berkata Husam sememangnya ada menemuinya di pejabat dua hari lepas dan hanya memaklumkan bahawa beliau dinasihati oleh doktor agar mendapat rawatan di hospital kerana mengalami masalah sakit tulang belakang.

"Masalah nak berundur tak berundur, langsung tidak timbul baik dalam kepala dia atau saya," katanya.

Beliau berkata tindakan akhbar menyiarkan laporan itu sebenarnya mengguriskan hati orang yang dalam keadaan sakit. - Malaysiakini



Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menerima peletakan jawatan Datuk Husam Musa sekiranya Exco kanan kerajaan negeri itu benar-benar berhasrat mahu berbuat demikian.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan merupakan seorang pemimpin yang pintar, berpandangan jauh dan banyak membantu rakyat di negeri ini bahkan mampu mengubah landskap politik nasional.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan bahawa bekas Naib Presiden Pas itu pernah menyuarakan hasratnya untuk melepaskan jawatan dalam parti atau kerajaan negeri.

“Cerita mengenai hasrat Husam untuk meletakkan jawatan tidak berlaku langsung dan saya pun tidak beri kalau dia hendak letak jawatan kerana Kelantan dapat banyak manfaat daripadanya.
“Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.

“Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU),” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan muka depan Mingguan Malaysia hari ini mengenai hasrat Husam yang dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri.

Namun, hasrat tersebut tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas dan Husam dipercayai diberikan cuti selama lima hari bermula semalam untuk berehat.

Tindakan Husam untuk melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan itu dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Spekulasi mengenai peletakan jawatan tersebut diperkuatkan dengan dakwaan Husam yang dilaporkan sebuah akhbar dan portal berita bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan melaga-lagakannya dengan mentornya, Nik Abdul Aziz.
Bagaimanapun, pada sidang akhbar tersebut Nik Abdul Aziz tidak mengulas punca timbulnya isu berkenaan sama ada ia berkaitan masalah dalaman PMBK.
Menteri Besar itu berkata, selama ini beliau tidak menyebut mengenai kebaikan Husam kerana bimbang Exco lain akan berkecil hati. - Utusan Online

KOMEN : KICKDEFELLA SUSUK TUBUH BLOGGER POLITIK YANG PALING POPULAR DALAM CARIAN GOOGLE TERKINI. BELIAULAH YANG MENCETUSKAN KRISIS KELANTAN. BELIAU YANG TERKENAL SEBAGAI BUDAK SURUHAN HUSAM MUSA DAN KINI HUSAM PULA DIKATAKAN MENGUGUT NIK AZIZ. MUNGKINKAH SEMUA EPISOD INI SUDAH DIRANCANG????

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP