Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Thursday, November 5, 2009

NIZAR TERKINI : Bukit Aman siasat pemimpin SIS

Dua wakil Sisters in Islam (SIS) memberi kenyataan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman semalam mengenai laporan polis terhadap kenyataan SIS di Kuantan yang mempersoal hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Soekarno.



Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican dan ahli lembaganya Zainah Anwar (kanan) dipanggil memberi kenyataan mereka bagi siasatan di bawah Seksyen 4(i) (a) Akta Hasutan pada 10.35 pagi.

Mereka, yang diiringi oleh peguam, berada hampir dua jam di Bahagian Pendakwaan Undang-undang CID, kata Pengurus Program (Penyelidikan dan Penerbitan) SIS Masjaliza Hamzah.

"SIS harap selepas merekod kenyataan ini, polis akan memperakukan bahawa tidak ada tindakan lanjut diambil terhadap organisasi itu.

"Kami ingin menegaskan bahawa dalam kerangka sebuah masyarakat demokratik, perlu ada dialog terbuka, bertanggungjawab, rasional dan yang dihormati mengenai Islam dan impaknya ke atas kehidupan kita - peribadi dan awam," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan media, 14 badan NGO di Pahang baru-baru ini menggesa pihak berkuasa menghukum mereka yang mempersoal hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi.

Kartika Sari Dewi, wanita pertama yang dihukum sebat oleh Mahkamah Syariah kerana kesalahan meminum alkohol di sebuah hotel di Kuantan tahun lepas, menyatakan kesediaan menerima hukuman itu.

Kartika juga didenda RM5,000

Sumber @ http://malaysiakini.com/news/116700

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP