Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Friday, November 20, 2009

NIZAR TERKINI : AnWAR vs ANUAR SHAARI PERMULAAN EPISOD BARU

1. x-pkr mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua sahabat-sahabat maya yang bekerja tanpa kenal erti letih bagi menegakkan kebenaran. GAP, RBF, AIDC, Medan Info, House PK, PB, PP Cyber, 1Malaysia dan byk lagi telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Kita tahu AnWAR bukan kecik anak untuk dilawan, tapi semua sahabat-sahabat ini telah membuktikan bahawa AnWAR tidak mustahil untuk kita lawan!

2. Selepas Vigneswaran tampil membuat pendedahan, AnWAR dan Azmin menafikannya. Namun muncul pula Anuar Shaari dengan laporan polisnya yang menghangatkan keadaan. Beliau mendakwa bersamanya adalah dokumen-dokumen 'original'. Anuar Shaari semasa dalam PKR dulu pun tidak banyak cakap, 'very low profile' mengikut loghat sahabat AnWAR di dunia barat. Difahamkan semasa bekerja dengan AnWAR pun sikapnya begitu.

3. Dalam diam-diam, rupanya Anuar Shaari ni boleh tahan orangnya. Namun Anuar Shaari mestilah dedah habis-habis! Jangan simpan je. Mungkin saja Anuar Shaari tak tahan dengan sikap hipokrit AnWAR/Azmin yang menafikan pemilikan saham-saham. Barulah beliau tampil dengan membawa bukti-bukti itu kepada polis. Nasihat buat Anuar Shaari, jika ada, keluarkanlah lagi. Jangan dibuai nostalgia semasa kerja dengan AnWAR dulu!

4. Apa pun kita ucapkan terima kasih dan tahniah atas keberanian beliau. Kebanyakan pemimpin PKR sendiri terkejut Anuar Shaari seberani ini memandangkan beliau kurang dikenali di kalangan PKR sendiri. Kita harapkan Anuar Shaari akan lebih 'keras' menentang AnWAR dan Azmin selepas ini. Jangan lupa Dr. Wan Azizah juga kerana Anuar Shaari pernah bertugas dengan Azizah ini. Pasti beliau tahu serba sedikit.

Drama AnWAR semakin menarik, beliau boleh terus-terusan menafi namun kebenaran akan timbul jua. bagi orang yang mengenali AnWAR, jawapan beliau tentang laporan polis Anuar Shaari memberi maksud yang mendalam! AnWAR TAK BOLEH JAWAB kerana Anuar Shaari mengemukakan dokumen asal. Lantaran itu AnWAR merendah dan memperlekehkan Anuar Shaari untuk menghancurkan karektor beliau. Barangkali AnWAR sendiri tidak pernah menyangka Anuar Shaari akan 'menyerang' beliau sebegini hebat dan bingung memikirkan bagaimana Anuar Shaari memperolehi dokumen tersebut.........

Buat AnWAR, "air tenang jangan disangka tiada buaya", barangkali juga Anuar Shaari ini buaya yang akan menyerang AnWAR dengan lebih ganas lagi..................



KOMEN : TERIMA KASIH SENARAIKAN BLOG INI. BILA KITA BERSATU KUASA SEBESAR MANA PUN BOLEH TEWAS. AnWAR BUKAN IKAN BILIS SOKONGAN DARI LUAR SANGAT KUAT LIHATLAH SEGALA STATISTIK PASTI TIDAK AKAN MEMIHAK KERAJAAN DS NAJIB KERANA TELAH DIMANIPULASI OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU UNTUK MEMBURUKAN KERAJAAN BN.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP