Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, November 4, 2009

1Malaysia : 1 : 3 Pelajar PEREMPUAN Terlibat dengan SEKS awal.

Seorang daripada tiga orang pelajar perempuan sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam kajian Universiti Malaya sedekad yang lalu mengakui pernah terlibat dengan aktiviti seks.

"Jika itu berlaku sedekad lalu, bayangkan apa yang berlaku hari ini," kata penyelidik psikologi kanak-kanak Dato' Dr Chiam Heng Keng memberitahu New Sunday Times sewaktu Seminar Biro Wanita Sarawak bertajuk "Latihan Ke Atas Kanak-Kanak Mengenai Keselamatan Pribadi".





Pada waktu kajian mengenai tingkah laku anak gadis berusia 12 hingga 18 tahun itu dijalankan Dr Chiam merupakan seorang profesor Psikologi Sosial di universiti berkenaan. Beliau sekarang merupakan pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Dalam taklimatnya mengenai "Menghadapi Realiti Hari Ini" Dr Chiam berkata: "Ia memberikan perasaan tenteram kepada gadis-gadis ini kerana kawan-kawannya yang lain turut melakukannya, dan ia tidak lagi salah kerana orang lain melakukannya."

Dr Chiam berkata memandangkan kegiatan seks tidak lagi asing di kalangan pelajar, beliau khuatir pelajar-pelajar sekolah rendah juga akan turut melakukannya pada masa akan datang.

Beliau berkata, kajian mendapati sesetengah pelajar mendakan seks untuk suka-suka, tetapi ramai yang melacurkan diri untuk mendapatkan wang bagi membeli barang-barang mahal seperti telefon bimbit dan pakaian berjenama.

Adalah mengejutkan katanya, pelajar-pelajar ini tidak pergi ke taman atau tempat awam untuk melakukan seks.

"Mereka melakukannya di rumah."

Justeru, Dr Chiam menasihatkan ibu bapa supaya lebih berhati-hati apabila anak-anak mereka membawa pulang rakan-rakan yang berlainan jenis ke rumah 'untuk belajar'," katanya.

Adalah lebih baik tidak membenarkan mereka menggunakan bilik tidur untuk membuat kerja mereka, sambungnya.

Sumber @ http://biaqpila.blogspot.com/2009/11/1-dari-3-pelajar-perempuan-terbabit.html

KOMEN : WOOO MENAKUTKAN TAPI APA NAK PELIK IBUBAPA SIBUK CARI DUIT ATAU SIBUK BERPOLITIK ATAU SIBUK BERBLOG MAKA ANAK-ANAK BUAT PROJEK SENDIRI. PELAJAR POMPUAN SEKARANG LEBIH BERANI DARIPADA PELAJAR LELAKI. TAK PERCAYA??? CUBALAH ....

IKLAN : KAMI ingin berkongsi link hebat ini. Hanya Klik boleh dapat Wang! @ Dapat Wang Segera

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Anonymous,  November 4, 2009 at 12:17 PM  

nak cuba ke? hahaha! jangan beb.. senang jer nak elakkan perkara ni berlaku, ibu bapa perlu memainkan peranan sepenuhnya sebagai ibu bapa. jangan habiskan masa utk kerja dan hal2 yang lain.. pentingkan keutamaan anak2 dulu.. ibu bapa sekarang ni mana ada nak rapat sangat dengan anak2? kalau dulu yer, sekarang tak.

luangkan masa bersama anak-anak, soal duit tolak ketepi, nak lihat anak jadi jahat atau nak jadi baik? sudah tentu ramai yg akan pilih pilihan positif.

penyakit yang berlaku sekarang ni, bila parents bagi duit kat anak2, dorang gunakan duit itu untuk belanja makwe/pakwe dorang. parents dorang mana tau hal ini? setiap kali anak mereka meminta wang saku RM10 ke atas dengan alasan cikgu minta untuk bayaran buku sekolah, ibu bapa terus percaya tanpa ragu2.. ini biasanya terjadi pada mereka yang berstatuskan orang berada. ibu bapa tidak seharusnya membiasakan anak2 dengan wang.. kerana wang itu yang akan melalaikan mereka. kita bagi duit utk beli makanan kat sekolah, tapi dorang belanjakan duit itu utk belanja aweks takpun pergi beli rokok, dadah, ganja dan bagainya.

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP