Ong diramal kekal presiden MCA
Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, kini terumbang-ambing selepas menerima undi tidak percaya, dipercayai akan terus mengekalkan jawatan itu.
Sementara kekosongan yang ditinggalkan pencabarnya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mungkin digantikan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Ong, yang ditolak dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) Sabtu lepas, akan mempengerusikan jawatankuasa pusat di Wisma MCA jam 2 petang ini.
Ia diadakan antaranya untuk membincangkan kedudukan beliau dan pengganti Dr Chua, bekas timbalan presiden yang tidak dikembalikan selepas dipecat.
Sumber-sumber parti menyebut, Ong akan menggunakan kuasanya untuk menyerahkan kekosongan jawatan nombor dua kepada Liow, kini seorang daripada empat naib presiden.
Dipercayai Ong akan melepaskan jawatan itu tetapi pelan peralihan kuasa itu tidak jelas lagi setakat ini - dipercayai mesyuarat tersebut akan membincangkan perkara ini dengan panjang lebar.
Kini kira-kira 200 orang penyokong Ong berkumpul di depan bangunan Wisma MCA di Jalan Ampang, tengah-tengah Kuala Lumpur untuk mendesaknya agar tidak meletakkan jawatan tersebut.
DAPATKAN BERITA TERKINI DI TWITTER DENGAN MENGUNAKAN SEARCH "MCA EGM".
0 comments:
Post a Comment