Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Monday, October 26, 2009

EGM PERAK : Tahniah ANWAR akan KUBURkan PKR Perak

Suatu ketika dahulu, Tuan Hj Ismail Yusup adalah Pengerusi Perhubungan (PPN) PKR Perak yang amat disegani dan disayangi oleh ahli PKR Perak. Masa itu, PKR Perak amat aktif dalam menjalankan aktiviti untuk menghampiri pengundi. Entah macamana, hasil mainan dua orang ADUN yang melobi Anwar akhirnya Tuan Hj Osman dilantik untu mengantikan Hj Ismail. ADUN tersebut akhirnya bertukar menjadi katak dan PKR Perak di bawah Hj Osman menjadi lesu.

Tup-tup hari ini, Hj Osman digugurkan. PKR Perak bergembira seketika. Tiba-tiba dikhabarkan yang akan menggantikan Hj Osman adalah Mustafa Kamil Ayub . Terimakasih kepada Anwar di atas perancangan untuk melingkupkan PKR Perak!

Di bawah ini diturunkan serba sedikit kisah Mustafa Kamil Ayub. Kalau Anwar tak prihatin bermakna samalah Anwar dengan Hj Hadi!

Kisah Mustafa Kamil Ayub.

Tahun 2004, Mustafa Kamil Ayub bertanding di DUN Bukit Chandan dan Parlimen Lumut. Selepas itu menjadi Ketua Bahagian PKR Bukit Kuala Kangsar. Tapi tak ada yang mampu ditunjukkan. PKR Kuala semakin lembap. Mustafa hanya turun untuk majlis rasmi parti. Mesyuarat ataupun apabila dijemput. Tak pernah turun padang berjumpa rakyat.

Tahun 2008, Mustafa Kamil Ayub lari ke Pasir Salak. Bertanding Parlimen Pasir Salak
dan DUN Sungai Manik. Tewas. Lepas kalah, tak pernah balik kawasan.

Mustafa Kamil Ayub tak pernah terlibat dalam meningkatkan prestasi PKR Perak. Tak ada jasa-jasa Mustafa Kamil Ayub dalam PKR Perak walaupun sebagai Naib Presiden PKR. Masa jadi Ketua Bahagian Kuala Kangsar ataupun Ketua Bahagian Pasir Salak, tak pernah hadir mesyuarat Perhubungan Negeri. Hanya hadir di Perak kalau dijemput berceramah.

Mustafa Kamil Ayub dianggap pemimpin elit...hanya bergayut diketiak Anwar. Tak ada track record yang boleh dibanggakan kecuali membodek Anwar.

Pernah dilantik jadi Ketua Perhubungan Negeri Terengganu, tapi PKR Terengganu lingkup. PKR Trengganu tolak dia. Kemudian dilantik jadi Ketua PKR Sarawak...apa jadi kat PKR Sarawak? Gabriel Adit keluar parti dan nak tubuh Pakatan Rakyat Sarawak. PKR Sarawak tak mahu Mustafa Kamil, dan Mustafa merayu kat Anwar suruh bagi kat dia PKR Perak.

Makin teruk la Pakatan Rakyat Perak. dah la PAS lantik Hj. Bakaq. La ni PKR pulak lantik Mustafa Kamil Ayub. Naib Presiden yang tak pernah turun padang. Tok sah kata nak jumpa rakyat. Nak jumpa ahli parti pun tak pernah. Tahniah Anwar Ibrahim!

Sumber @ http://bloglistpolitik.blogspot.com/2009/10/pkr-perak-bakal-berkubur.html

Barisan BOs baru PKR Negeri @ http://dinmerican.wordpress.com/2009/10/25/pkr-forms-national-integration-council-for-sabah-and-sarawak/

KOMEN : PAS BERGOLAK. ANWAR MAIN PERANAN MENGUASAI PAKATAN DENGAN MEROMBAK PIMPINAN NEGRI PKR. TAHNIAH PERAK BERI JALAN MUDAHLAH KEPADA UMNO.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP