Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, October 27, 2009

EGM PAS : Pemimpin PAS lain kali jawab NO KOMEN ya!!!

Kalau Media Arus Perdana Kerajaan begitu laparkan sebarang berita bersangkutan dengan apa juga bentuk kepincangan dalaman Pas untuk disensasikan, kenapa pemimpin tertinggi Pas begitu pelahap nak mengadakan pelbagai sidang media untuk membantu menambah sensasikan lagi isu?

Elok-elok isu tak besar mana, kalau digembar gemburkan media arus perdana ia bakal menimbulkan pelbagai spekulasi dan keresahan terutama di kalangan ahli sendiri. Malahan diperingkat bawahan ada sudah kurang bermotivasi akibat cerita dan berita yang disensasikan mereka.



Pemimpin peringkat tertinggi perlu bijak menangani isu terutama apabila berhadapan dengan media kerajaan yang tak ubah seperti ANJING LAPAR. Cerdiklah sikit dalam menguruskan percakapan. Jangan main lepas cakap saja kerana kalau perkara yang tidak ada pun mereka boleh reka, apatah lagi dalam isu dan suasana seperti sekarang? Terkekeh-kekehlah mereka tokok tambah cerita dan menjadikannya berita yang bukan sekadar benar tetapi benar semata-mata benar.

Kalau ini masalah dalaman kenapa dan apa agendanya sehingga penting sangat nak adakan sidang media kepada wartawan kerajaan. Nak tunjuk dan buktikan bahawa Pas memang bergolak? Atau ada agenda tersembunyi? Kalau pun ada wartawan BN yang bertanya, susah sangat ke Ustaz Harun Taib nak jawab NO KOMEN? Berat sangat ke lidah Mustaffa Ali nak jawab NO KOMEN? Terkehel ke lidah Presiden Pas nak kata NO KOMEN?

Tidak semua soalan mesti dijawab dengan jawapan. Selagi boleh jawab, masih nak jawab ke?. Sekarang sapa nak jawab? Nak jawab main iku t sedap mulut tu tak payah lah. Tak percayalah itu dan ini dan sebagainya. Itu semua akan menambah atau mengeruhkan lagi suasana dan keadaan. Kan lebih baik cakap NO KOMEN saja.

Sesekali kena interview dengan wartawan kerajaan pun dah terasa penting macam Obama ke? Kalau setakat Presiden Pas atau Setiausahasa Agung Pas nak sebarkan maklumat, beberapa saat sahaja beratus kumpulan wartawan siber yang berkerja tanpa gaji sanggup menyebarkan berita. Ia lebih berkesan. Selama ini pun, bergatung harap sangat kah kita pada media arus perdana?

Jadi Tuan Presiden dan kumpulannya, bawaklah bertenang dan diharapkan belajarlah daripada pengalaman-pengalaman lalu apabila berurusan dengan media kerajaan ni. Ringan-ringankalah mulut tu untuk cuba praktikkan perkataan NO KOMEN. Ia lebih mudah diucapkan dan lebih selamat. Rambut dapat ditarik, tepung tidak bertaburan. Lebih baik cakap NO KOMEN daripada jadi NYIOR KOMENG kemudian hari akibat pulut yang menjadi punca santan binasa. [sinar hairan]

KOMEN : MEMANG DOUBLE STANDARD BETUL PUAK PAS NI. BILA TEAM ERDOGAN MELALAK OK JE TAPI BILA HASSAN ALI KOMEN KAT PUBLIC KATA TU TAK BETUL. BILA MUSTAFA JAWAB SOALAN PEMBERITA DINASIHATKAN SUPAYA JAWAB NO KOMEN TAPI KALAU NIK AZIZ MELALAK TAK APA. BILA PRESIDEN DIAM JE KAUORANG KATA DIA LEMAH TAPI BILA JAWAB KAU KATA LAIN KALI JAWAB NO KOMEN. HACUR PAS MACAM NI...

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

ISAC October 27, 2009 at 7:22 PM  

Mmmm...


Presiden pun X leh cakap apa2...


Yang boleh cakap suka2, hanya TG Nik Aziz dan puak2 Erdogan ...


Maaf, TG yang salah kawan tetap tegur walaupun Tok Guru...

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP