Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Tuesday, October 27, 2009

EGM PAS : Nik ABDUH minta BLOGGER PAS jangan BERBOHONG

Exco Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata sesetengah ahli PAS cukup berani berbohong dan memfitnah melalui blog.

"Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata-kata manusia dan peristiwanya.

"Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar," tulis anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat dalam blog peribadinya hari ini.

"Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia."

Nik Abduh menulis dengan tajuk 'EGM' atau muktamar khas yang dicadangkan bapanya - isu panas yang melanda parti itu sekarang dengan alasan membincangkan isu beberapa pemimpin kanan "bermasalah" berhubung idea kerajaan perpaduan.

Berikutan itu, setelah saranan mengadakan muktamar khas ditolak, satu pertemuan khas ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri akan diadakan malam esok untuk membincangkan isu tersebut.

Mengulas lanjut isu tersebut, Nik Abduh menulis: "Adapun isu EGM, saya yakin ia akan selesai. Ia bukan perbalahan orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah.

"Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.

"Yang payah nak selesai ialah perbalahan orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.

"Yang saya takut ialah perbalahan ini sengaja dipanjangkan selepas ia disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tidak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat."

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP