Bagan Pinang : Khalid Samad TIBAI Pemimpin PAS lagi
Wala' atau kesetiaan kepada pemimpin yang sebenar tidak harus mengenepikan kepentingan strategi, dengan mengutamakan dasar-dasar yang boleh dipertikaikan semata-mata, seperti isu Melayu-Islam, kata seorang pemimpin PAS Selangor.
Khalid Samad berkata, strategi yang ditetapkan PAS telahpun mengambil kira dasar-dasar yang didukungnya, maka pemimpin-pemimpinnya perlu akur dengan arahan berkenaan.
Beliau turut menyindir pemimpin parti Islam itu yang didakwanya cuba berselindung di sebalik slogan yang menarik seperti "dasar mesti sentiasa diutamakan berbanding strategi" dan "PAS dijunjung atas kepala, Tahaluf Siyaasi (kerjasama politik) hanya di paras bahu".
Menulis di dalam blognya hari ini, Khalid juga berkata pemimpin-pemimpin PAS perlu berusaha mengukuhkan Pakatan Rakyat dan bukannya "sengaja mencari perbalahan."
"Mereka yang berusaha untuk menggagalkan PR (Pakatan Rakyat) dengan membawa soal Melayu-Islam, merekalah yang tidak wala'... walaupun mereka merupakan pemimpin!" tegasnya dalam tulisan di www.khalidsamad.com itu, tanpa menamakan individu yang dimaksudkan.
Ini merupakan tulisannya yang kedua di laman tersebut, yang dilihat cuba menjelaskan pendiriannya berhubung pergeseran yang timbul di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berhubung soal wala' (patuh) kepada kepemimpinan parti.
"Dan disinilah perlunya wala' yang sebenar. Iaitu patuh kepada arahan berhubung strategi, persoalan yang boleh dipertikaikan, tidak seperti hukum dan dasar. Namun ianya tidak dipertikaikan kerana keputusan telah pun dibuat dan kita wala'," tulisnya lagi hari ini.
'Ambil kira dasar'
"Untuk makluman, semua strategi ditetapkan mengambil kira dasar yang ingin diperjuangkan. Oleh itu tidak akan bercanggah satrategi dan dasar sekiranya dikaji dan difahami dari sudut menyeluruh.
"Ianya hanya kelihatan bercanggah, seperti Perjanjian Hudaibiyyah, tetapi sekiranya difahami dari sudut yang tepat, tiada penggadaian dasar yang telah dilakukan. Kukuhkan PR dan jangan sengaja mencari perbalahan. Tak perlu timbul soal 'atas bahu ataupun atas kepala'," katanya lagi dalam tulisan yang sarat dengan kiasan berkenaan.
Jelasnya lagi, strategi yang dimaksudkan dalam tulisan tersebut adalah gabungan Pakatan Rakyat yang disifatkan seperti perjanjian damai Hudaibiah di antara penduduk Mekah pada tahun 628.
Beliau turut mendakwa terdapat golongan tertentu di dalam PAS yang ingin melaga-lagakan antara PAS Selangor dan Pakatan Rakyat Selangor dengan membangkitkan soal perjuangan Islam.
"Saya dengar akan ada usaha untuk terus melagakan PAS Selangor dengan PR Selangor... Maka akan berkatalah golongan ini 'Islam dijunjung di kepala, tahalluf (kerjasama) dijunjung di paras bahu'," katanya, juga tanpa menamakan golongan terlibat.
"Saya harap yang membaca memahami; yang ingin pertahankan PR di Selangor adalah sama seperti mereka yang mampu melihat kebijaksanaan Perjanjian Hudaibiyyah dan akur dengannya. "Yang melenting-lenting dengan ucapan bersemangat adalah seperti mereka yang membantah Perjanjian tersebut dan ingin terus mempertikaikannya. Kalau anda salah seorang dari mereka, hentikanlah," katanya lagi.
Khalid turut menempelak individu-individu berkenaan yang mengetepikan kepentingan parti apabila tidak mengutamakan strategi dan perjanjian yang telah ditetapkan oleh PAS Pusat.
"Harap faham. Strategi yang ditetapkan mesti dipatuhi. Perjanjian yang merupakan sebahagian dari strategi, mesti dituruti.
"Kalau kita ketepikan strategi dan perjanjian yang telah ditetapkan oleh PAS Pusat, atas apa alasan sekalipun, kita meletakkan PAS di tapak kaki kita, bukan di kepala ataupun di bahu kita!
"Atau apakah mungkin ada yang tidak kenal mana tapak kaki, yang mana bahu dan yang mana kepala?," soalnya.
KOMEN : SEMAKIN MENJADI-JADI AGEN ANWAR DALAM PAS NI MENGHENTAM PAS ... BAGUS-BAGUS TERUSKAN USAHA MURNI NI INSYALLAH PAS AKAN JATUH KE DALAM DOKONGAN ANWAR. KITA TUNGGU SAMA-SAMA .... HADI PUN TAK BERANI NAK KATA APA???
3 comments:
Salam, Anwar sebenarnya sudah menguasai Nik Aziz, sebab itu Nik Aziz membidas Hadi da Nasharudin pasal 'kerajaan perpaduan'...... kalau dulu Hadi pernah mengkafirkan UMNO, kini Hadi diam. Tetapi Nik Aziz yang terlalu lebih pulak mengkafirkan UMNO.....
PAS akan lungkup macam mana Anwar pernah buat dalam UMNO dulu, tetapi Tun Mahathir cepat diberi pertunjuk...
Khalid Samad ni berlagak nak mampus. Gila meroyan ke apa lepas kena pecat daripada kepimpinan. Eloklah masuk PKR atau DAP je. Lepas tu ko Wala' lah dgn Lim Kit Siang haram jadah tu.
maksud samad tu kalau berpolitik jual agama jual bangsa pon tak pa janji parti menang.
kalau mcm tu baik masuk PKR , geng dgn anwar, jual semua boleh , main semua boleh.
jgn belakon jadi alim la khalid. meloya tekak aku tgk muka tak da iman ko tu.
dulu Pas skrg UMNO
Post a Comment