Sultan Pahang diperlekehkan oleh Penyokong PAKATAN
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.
Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.
Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu merupakan agenda pembangunan mampan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-kedua belah sungai berkenaan.
“Jambatan Kuala Krau berfungsi memendekkan perjalanan di antara Bandar Tun Razak, Jengka dengan Kuala Krau 20 minit berbanding satu jam sebelum ini yang jaraknya sejauh 55 kilometer.
“Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran,” titahnya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau di sini hari ini - Utusan.
Respond daripada blog Pakatan :
1. Daripada blog From Perak With Love : Sebagai rakyat saya amat berbangga kerana ada raja Melayu yang cuba mempamerkan keperihatinannya kepada rakyat. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, kerana kenyataan tersebut lebih berunsur politik kepartian, maka nasihat dan pandangan saya kepada Tuanku Sultan hentikanlah ucapan atau kenyataan yang meloyakan ini. Tidak dapat dinafikan ada kerabat Pahang yang aktif berpolitik malahan menyertai kabinet. Kalau itu yang diimpikan oleh mana-mana raja atau sultan, tahniah. Tetapi perlu ingat, lakukan yang satu ini - turun tahta dan masuklah gelanggang politik secara sopan dan bertamadun. Apalah hebatnya berpolitik dari atas singgahsana!!!
2. Komen di Blog Pinkturtle2 : sokonglah cakap Baginda Sultan tu demi pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan yang akan membawa ke arah kemaksiatan dan kesesatan yang berpanjangan juga mematikan akal fikiran orang Melayu seperti mana di zaman penjajahan yang silih berganti dan kini pemikiran orang Melayu di jajah oleh UMNO yang lebih mementingkan kebendaan dari mengikuti jalan agama suci Allah…. Undi jangan tak undi, tapi undilah yang benar-banar dapat memberi kebaikan pembangunan sosial, ekonomi, kemajuan dan penidikan mengikut jalan Allah……
KOMEN : PAKATAN NI KATA PENDUKUNG DEMOKRASI. SULTAN PUN ADA HAK UNTUK LUAHKAN APA YANG MEREKA INGINKAN. NILAH PAKATAN HANYA GEMBIRA BILA DISOKONG ITULAH DEMOKRASI KATANYA TAPI KALAU DIBANGKANG MAKA DIKUTUK DAN BUKAN DEMOKRASI. DIKELANTAN YANG DIJAJAH OLEH PAS LEBIH 2 DEKAD TU BEBAS MAKSIAT KE??? ... JANGAN SOMBONG SANGAT LAH.
1 comments:
Baginda Sultan adalah Rakyat juga punya kebebasan untok bersuara dan menyokong mana mana pehak yang benar benar membuat kerja.
bukan suka hati nak sokong BN atau PR, namun sebenarnya menyokong parti yang ikhlas membangunkan negara apatah lagi negeri Pahang.
komen suruh baginda Sultan untok turun tahta ada lah perbuatan yang amat sempit serta auta dan ada ura ura nak menjatuhkan kesultanan melayu dan membina sebuah Negara Republik Pahang yang kucar kacir oleh Parti PR.
Daulat Tuanku Sultan Pahang kakal karal memerintah Pahang Darul Makmur...
Post a Comment