Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Wednesday, September 9, 2009

SELANGOR : Kes Kepala LEMBU masuk Makamah .... Melayu juga kena!!!

6 orang rakyat shah alam didakwa kerana membawa dan memegang kepala lembu di hadapan bangunan SUK.  Mereka boleh didenda rm5000 atau penjara 3 tahun hanya kerana bawa dan pegang kepala lembu.

Adat orang melayu kata lambat macam siput, pandai macam kancil dan bodoh macam lembu. Mereka cuma nak kata ada pemimpin yang bodoh macam lembu. Itu sebab mereka bawa nak hadiahkan orang itu kepala lembu.

DPP mohon jamin rm15000, sedangkan kalau didapati bersalah cuma denda rm5000. Peguam membela minta jaminan rm500 sebab mahkamah magistrate KL minggu lepas bagi wang jaminan cuma rm500. Mahkamah putus wang jaminan rm4000 dengan seorang penjamin.

Kes tangguh ke 21 Okt 2009.

Sumber : Warisan2057.

Dua belas orang ke mahkamah hari ini berhubung insiden perarakan kepala lembu ketika mengadakan protes di sekretariat kerajan negeri (SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu.Enam daripada mereka menghadapi dua tuduhan - menghasut dan menyertai perhimpunan haram. Manakala enam lagi didakwa menyertai perhimpunan haram.

Enam yang menghadapi tuduhan menghasut itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan senjaga lukakan perasaan penganut Hindu.

Tertuduh pertama dan kedua didakwa 'memijak lembu', tertuduh ketiga didakwa 'membawa lembu' manakala tertuduh keempat dan kelima didakwa 'memijak dan membawa lembu' dalam protes di SUK itu.

Mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Selepas itu, mereka bersama enam yang lain dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta polis. Kesemuanya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka adalah sebahagian daripada mereka yang menyertai protes tersebut kerana membantah keputusan kerajaan Selangor untuk memindahkan kuil berusia 150 tahun, dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Sebelum itu, kira-kira 20 penduduk datang ke Mahkamah Shah Alam pagi ini sebagai tanda sokongan kepada 12 orang yang akan didakwa berhubung isu perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.
Mereka berhimpun di kaki lima, menunggu sesi mahkamah bermula.

Mereka memberitahu media "kami tidak bersalah" dan kami datang dengan satu hati". Dua belas orang tersebut akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram, Mereka diwakili oleh peguam Datuk Salehuddin Saidin dan Afifudin Ahmad Hafifi. - MalaysiaKini

KOMEN : KERAJAAN BERTINDAK NAK GEMBIRAKAN SEKUMPULAN MANUSIA TETAPI ADAKAH MEREKA GEMBIRA ... PASTINYA TIDAK MEREKA AKAN TETAP KOMPLEN DAN PROTES LAGI KERANA MEMANG ITULAH TUJUAN MEREKA ... TUJUAN MEREKA UNTUK MENIMBULKAN SUASANA TAK HARMONI DEMI KUASA PRU13 ....

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP