Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Monday, September 7, 2009

PAKATAN SELANGOR : Azmin atau Hassan Ali ganti Khalid??

(DAPATKAN PENAWAR SELSEMA H1N1) Angin perubahan bertiup kencang di bumi Selangor. Bumi yang melihat tangisan warganya yang menderita dan menangis di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. Semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim dimalukan oleh penduduk Seksyen 23 dengan perkataan 'MB bodoh’ dan 'Khalid Babi’ dalam sesi dialog isu pembinaan kuil di Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sedikit pergeseran berlaku apabila isu sensitif mula dibangkitkan oleh peserta dialog dan menimbulkan ketegangan sehingga dialog terpaksa diberhentikan dengan Khalid sekali lagi berjanji untuk menyelesaikan isu berkenaan ala Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang senantiasa berjanji untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Buah Pala dan ditepati beliau dengan lenyapnya Kampung Buah Pala di peta negeri Pulau Pinang.

Pergeseran yang berpunca daripada isu sensitif ini Kumbang rasa boleh dielakkan dengan kebijaksanaan kerajaan negeri memahami aspirasi penduduk seksyen 23 yang terdiri daripada pelbagai agama. Malangnya keputusan dibuat secara terburu-buru dan segala bantahan tidak diendahkan serta segala kesalahan dicampakkan ke bahu lawan mereka UMNO yang mereka katakan sengaja menimbulkan kekecohan. Hal ini menyebabkan rakyat semakin meluat dan inginkan perubahan drastik dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor.

Angin perubahan ini dirasai dengan tiba-tiba satu sms singgah di telefon bimbit rakan blogger Kumbang, Pisau yang berbunyi seperti di bawah :

UNTUK SEBARAN SEGERA !


TRAGEDI PERAK AKAN BERULANG DI SELANGOR ! Marilah kita sama2 berdoa agar kerajaan rakyat pimpinan ts khalid kekal memerintah slgr.Sumber dari pejabat DSAI mengatakan 11 adun PR akan keluar parti dan akan jadi adun bebas. 5 pas,3 pkr dan 3 dap. Ini semua kerja jahat BN. Jika tiada pilihan ts khalid akan mengadap sultan hari selasa ini utk mohon bubarkan dun. Semua cabang dan ranting diminta bersedia utk gerakan jentera p/raya.. Sama2 kita pertahankan kerajaan rakyat selangor drp terus menjadi mangsa politik jahat BN.

Sms ini antara lain membuktikan penubuhan kerajaan negeri yang baru kini giat berlangsung di Selangor yang mana kepimpinan Khalid Ibrahim akan ditunjukkan jalan keluar oleh adun-adun yang memahami aspirasi rakyat.

Perjumpaan Hassan Ali dengan Sultan Selangor semalam juga menimbulkan pertanyaan adakah ia sekadar taklimat penguatkuasaan arak di Selangor atau perbincangan mengenai penubuhan kerajaan negeri baru dengan Hassan Ali sebagai menteri besar?

Hal ini diperkuatkan lagi dengan Hassan Ali dikatakan mengelak untuk ditemubual wartawan di perkarangan istana. Seolah-olah sesuatu hal penting dibincangkan dan bukan hanya sekadar sebuah taklimat.

Krisis dalam PKR melibatkan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali kian hangat apabila Khalid Ibrahim dikatakan disingkir kedudukannya sebagai Ketua Cabang(bahagian) Selangor yang menjadikan Khalid sebagai Menteri Besar tanpa jawatan di peringkat cabang atau bahagian. Hal ini ternyata menyebabkan Khalid Ibrahim boleh dipertikaikan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Perkara ini menyebabkan dalam PKR sendiri menyaksikan usaha mengangkat Azmin Ali sebagai menteri besar giat dijalankan untuk mengelakkan adun-adun dalam Pakatan Pembangkang mengalihkan sokongan mereka.

Perkara ini antara lain menyaksikan dua individu kini dikatakan berpotensi dan bersaing untuk menjadi Menteri Besar dalam angin perubahan di negeri Selangor iaitu Hassan Ali dan Azmin Ali. Yang mana Kumbang pasti, 2 individu ini ternyata jelek dengan pemerintahan boneka Khalid Ibrahim yang membebankan dan menjadikan rakyat Selangor kian menderita.

Kita tunggu siapa yang akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas ini. Samada Hassan Ali atau Azmin Ali. Apa yang pasti hal ini akan menyebabkan Anwar Ibrahim semakin risau dan ketakutan melihatkan sokongan yang berkurangan dari kalangan rakyat dan parti gabungan yang diketuai beliau.

Musa Hassan dilanjutkan kontrak, Selangor terlepas dan mungkin Kedah selepas ini membuatkan Anwar Ibrahim semakin tidak keruan dan impian menjadi Perdana Menteri mungkin tinggal angan-angan.

"Kuasa Rakyat,Kuasa Keramat"

Sumber : Analisa Ringan Politik

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Media Cyber September 7, 2009 at 11:09 AM  

yang pasti PR akan membuatkan BN kelihatan seperti dalang disebalik kejadian jika Selangor jatuh ditangan BN.

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP