Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, September 3, 2009

PAKATAN PERAK : Silvakumar berangan jadi RAJA kot!!!!

Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

Selepas laporan jawatankuasa itu disahkan oleh dewan, Sivakumar berkata beliau akan mengarahkan polis untuk mengambil tindakan berdasarkan laporan tersebut. Pada mulanya, Sivakumar dan ADUN Pakatan cuba mengadakan persidangan di dewan DUN yang terletak di dalam bangunan SUK.

Di hotel tersebut, Sivakumar duduk di kerusi yang ditinggikan manakala setiausaha dewan yang dilantik Pakatan, Misbahul Munir Masduki duduk di bawah di depannya. Hotel tersebut digunakan berdasarkan kepada doktrin keperluan, kata Sivakumar.


Sementara itu, sidang di hotel itu juga menyaksikan pelantikan semula tiga jawatankuasa DUN - Hak dan Kebebasan, Kira-kira Awam dan Peraturan Tutup.

Berikutan itu, perbahasan menjadi panas berhubung usul tergempar mengecam tindakan polis yang didakwa menjadi “alat BN' untuk menghalang ADUN Pakatan daripada melaksanakan tugas mereka pagi tadi.

Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) memberi amaran bahawa kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Sivakumar berkata DUN masih kekal menggesa Sultan membubarkan DUN, seperti usul yang diluluskan dalam sidang 'bawah pokok'.

"Memandangkan dewan masih belum dibubarkan, maka kita terpaksa mengadakan sidang hari ini,” katanya.
Mengikut perlembagaan Perak, DUN mesti bersidang setiap enam bulan. Walaupun ia tidak menyatakan apa yang akan berlaku jika DUN tidak bersidang mengikut tempoh tersebut, tetapi pakar-pakar perundangan percaya ia boleh membawa kepada pembubaran dewan secara automatik.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula menggesa polis supaya menghormati DUN dan menjalankan arahan speaker supaya mereka yang 'dihukum' ditangkap. "Jika mereka tidak mengambil tindakan tersebut, ia di luar bidangkuasa kita,” katanya, sambil menambah bahawa sebaik sahaja minit persidangan diwartakan, ia akan dikemukakan kepada istana.

Nizar bertegas bahawa sidang pada 7 Mei lalu tidak berlaku dan semua keputusan yang dibuat adalah tidak sah kerana ia tidak mematuhi prosedur yang betul.

Sumber : Malaysiakini

KOMEN : INI PASTI NASIHAT DARIPADA ANWAR ... INIKAH DEMOKRASI??? APABILA TAK SANGGUH MENERIMA KENYATAAN SEBENAR !!!! ATAU SENGAJA NAK BUAT PROVOKASI .... PAKATAN JANGAN SALAH LANGKAH .... ADA KUASA YANG MAHA BESAR SEDANG MELIHAT DI ATAS ... SEKELIP MATA SAHAJA MAHA AGUNG BOLEH BERTINDAK..... KALAU BARISAN BOLEH TERIMA HAKIKAT BEKAS PEMIMPIN BARISAN JOIN PAKATAN KENAPA TIDAK MEREKA INI????

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

ikutsukakula,  September 2, 2009 at 11:56 PM  

dalam keletihan berpuasa ni..terhibur gak dihidangkan aksi lawak kering ... nak gelak boleh tapi jangan berlebih2... batal puasa lak....
untuk masa2 yang mendatang diharapkan Unit Saraf kementerian Kesihatan memantau situasi sebegini kerana mengaku atau tidak baik bagi penyokong BN atau PKR , individu2 terbabit memang mengalami masalah emosi yang kronik

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP