ISU PERAK : Kenapa rakyat Perak diam dan hanya sebahagian saja yang menyokong
MSO apa yang ANDA tulis inilah yang SAYA fikirkan .... tapi siapa lah kita tak kan orang HEBAT berpolitik ni dengar cakap-cakap orang kecik macam kita ... dah lah tu blogger bagi PANAS kan lagi ...ANWAR sudah tentu sokong 1000%...
petikan tulisan di blog MSO :
Rupa-rupanya bukan mudah untuk menenangkan politik di Perak yang sudah berlarutan lapan bulan. Pihak yang tidak berpuas hati terus melakukan aksi asakan dengan berbagai cara. Kuat sungguh Pakatan Rakyat! Mereka juga tidak kering idea bagaimana hendak mengasak kerajaan yang ada kini yang disifatkan sebagai haram.
Kenapa mereka menjadi kuat, kerana mendapat sokongan rakyat! Kalau rakyat tidak bersama mereka, tidak mungkin wakil rakyat dapat melakukan asakan dan protes berpanjangan. Hanya dengan mempunyai ahli seramai 21 orang tidak mungkin mereka dapat mengugat kerajaan Perak dan menimbulkan ketegangan demi ketegangan. Begitukah? Benarkah rakyat mendokong mereka?
Yang pentingnya tindakan mereka itu ada yang sokong. Anwar Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya hari ini mengatakan tindakan Sivakumar memanggil sidang dewan itu sah! Alasannya kerana Sivakumar dilantik oleh Dewan dan bukan dari lantai Dewan seperti Ganesan, speaker DUN sekarang.
Saya tidak mahu persoal apa-apa di sini. Cuma nak tanya dan nak soal wakil rakyat Pakatan Rakyat berkenaan. Kalau tindakan mereka sah, buatlah apa yang mereka suka. Kalau panggil sidang pun sah, mesyuarat bawah pokok, dalam hotel atau dalam jamban pun sah, apa susah-susah nak cari Dewan lagi. Bersidang sahaja. Tak payah rempuh nak masuk ke DUN.
Buatlah keputusan dalam persidangan itu. Tetapi apakah ada makna segala keputusan itu kalau ianya tidak dapat dilaksanakan? Tidak ada guna juga. Jadi persidangan itu tidak membawa apa-apa pengertian selain daripada kerja orang yang tidak ada kerja saja.
Dan sekiranya sidang DUN yang ada sekarang ini tidak sah dan tidak diikhtiraf kenapa mereka hadir? Saya harap selepas ini kesemua wakil rakyat tidak hadir bila sidang DUN diadakan. Kita mahu tengok apakah selepas mereka tidak hadir dua kali berturut-turut kedudukan mereka sebagai Adun terlucut ataupun tidak.
Di sini pada saya jalan sebaiknya ialah tunggulah dewan dibubarkan dan bertandinglah dalam pilihan raya nanti. Tidak payahlah membuat berbagai asakan yang semuanya itu menyusah dan menyerabutkan rakyat saja. Jadilah wakil rakyat yang gentlemen.
Bukankah kerajaan yang ada kini adalah sah mengikut keputusan mahkamah? Zambry Kadir duduk disitu atas kehendak mahkamah dan perkenan sultan. Sekiranya Pakatan merasakan mahkamah tidak adil dan sudah mengkhianti mereka, bakar sahajalah mahkamah, apa tunggu lagi. Beranikah Pakatan Rakyat hendak bakar mahkamah?
Dalam memerhati telatah tindak tanduk Pakatan di Perak ini saya bimbang takut rakyat jadi muak. Bila rakyat sudah muak menyebabkan rakyat akan hilang sokongan. Makanya kalau nak buat tindakan politik, gimik politik pun berpadan patutlah. Tegasnya kalau rakyat benar-benar menyokong kita sudah tentu rakyat ikut sama menumbangkan kerajaan Zambry kini? Soalnya kenapa rakyat Perak diam dan hanya sebahagian saja yang menyokong!
KOMEN : MEREKA FIKIR MEREKA DI SOKONG 100% RAKYAT PERAK ..... TU YANG JADI SYOOKK ATAU MEMANG SAJA NAK PROVOKASI ATAS ARAHAN ANWAR ......
2 comments:
mereka disokong rakyat perak? tu fikiran yg paling bodoh tak bertempat utk pakatan perogol hak rakyat.
kalau benar mereka disokong oleh rakyat, dah lame dah mereka rampas kembali kerajaan perak. tapi apa yg berlaku skg ni?
Rakyat perak sudah jemu dengan tindak tanduk pembangkang yang sesungguhnya banggang sejak dari azali lagi.
-rampas kembali? secara lompat parti? adun keluar parti, kemudianya menyokong parti lawan?
cara pengecut untuk mendapatkan hak pemerintahan, sebagai penyokong BN, saya x merasa bangga dengan rampasan kuasa yg berlaku di perak. kerajan dibentuk secara demokrasi ialah kerajaan yang dipilih rakyat semasa PRU-12, dimana pemerintahan BN di perak bukan-lah kehendak rakyat.
-dan untuk media cyber yang bijaksana sejak azali, fikir2kan lah..
Post a Comment