Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Friday, September 4, 2009

Negeri Sembilan : Giliran Untuk ADAkan Pilihan raya Kecil Terkini

(DAPATKAN PENAWAR SELSEMA H1N1 SEGERA) Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor berkata, beliau akan memaklumkan secepat mungkin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SRP) mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.


Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Razak yang mengesahkan kematian penyandang kerusi itu, Azman Mohd. Nor pada pukul 2.30 petang ini memberitahu, beliau hanya mendapat berita tersebut kira-kira pukul 3 petang ini.
“Saya akan memaklumkan kepada SPR secepat mungkin mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.
“Saya perlu semak dengan Unit Protokol dulu (pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri), kalau sempat saya maklum hari ini, jika tidak mungkin tunggu Isnin sebab esok dan Ahad cuti,” katanya.

Azman, 55, meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Pakar Seremban di sini.Antara yang menziarahi Allahyarham di hospital ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.DUN Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang adalah salah satu daripada dua kerusi yang dimenangi oleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) tahun lalu.
Dalam pilihan raya itu, Allahyarham Azman mendapat 6,430 undi mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail (Pas) dengan majoriti 2,333 undi.

Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).
Satu lagi kerusi yang dimenangi BN dalam Parlimen Teluk Kemang DUN Linggi menerusi Datuk Ismail Taib.
Kerusi Parlimen Teluk Kemang pula dimenangi calon PKR, Datuk Kamarul Bahrin Abbas, mengalahkan calon BN, S. Sothianathan. - Utusan

Analisa PRU12

N31 BAGAN PINANG
Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%

1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384

Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP