Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Thursday, September 17, 2009

Kes Liwat AnWAR : Hakim Alizatul kawan sekolah Wan Azizah

1. AnWAR diberitakan amat kecewa apabila usahanya melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan ditolak Mahkamah tinggi semalam. Ironinya permohonan AnWAR ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairudin yang didakwa AnWAR dan Azizah akan menyebelahi mereka. Itulah yang diceritakan 'budak pembancuh kopi R' kepada teman x-pkr yang juga bekas exco PKPIM.

2. AnWAR 'confident' sebelum ini kerana Datuk Alizatul Khair pernah menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Pualau Pinang ketika AnWAR TPM dan mengetuai UMNO Pulau Pinang. Tambahan pula Datuk Alizatul Khair juga merupakan junior Wan Azizah di Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Hubungan AnWAR/Azizah dengan Datuk Alizatul Khair tidaklah rapat sangat, namun seperti biasa, AnWAR menggambarkan dirinya punya hubungan rapat dengan pelbagai orang. Justify Full

3. Menurut teman x-pkr itu, 'budak pembancuh kopi R' beria-ia menyatakan Wan Azizah telah bercakap dengan Datuk Alizatul Khair dan mohon bantuannya untuk 'menegakkan keadilan' bagi mereka sekeluarga. Saya berpandangan ini sama sekali tidak benar dan hanya helah AnWAR mahu meyakinkan penyokongnya beliau tetap hebat punya 'contact' di sana sini. Kemudian kerja menyebarkan dakyah pasukan pendakwaan akan digugurkan dibuat oleh "R" ini tanpa disuruh AnWAR kerana ghairah memperolehi maklumat terkini dari bosnya.

4. Kerana malu apa yang dikatanya tidak terjadi, semalam diberitakan AnWAR menyalahkan DS Rosmah, isteri PM pula kerana campurtangan. DS Rosmah yang juga bekas pelajar TKC, konon telah menekan Datuk Alizatul Khair membuat keputusan yang tidak berpihak kepada AnWAR. x-pkr ingin bertanya kepada AnWAR kenapa isu DS Rosmah tidak timbul bila beliau menjaja sana sini pasukan pendakwaan akan digugurkan. Kenapa pula Wan Azizah seperti burung kakaktua yang hanya angguk sahaja dengan AnWAR.

5. Saya percaya Datuk Alizatul Khair punya prinsip dan intergriti memikul amanah sebagai hakim. Keputusannya semalam adalah keputusan profesional dan tidak memihak. Wan Azizah tahu itu dan beliau dibutakan sikap memihak suaminya yang membabi buta, hingga sanggup mencaci kenalan sendiri. Begitu juga AnWAR, dek tuntutan peribadi mahu berkuasa, beliau sanggup berbuat apa saja biarpun memanipulasi pemikiran orang lain dan memijak kenalan sendiri.

x-pkr mengenang kata-kata Al Marhum Malek Bennabi " sesuatu tamadun bakal musnah jika mereka mementingkan yang remeh dan meremehkan yang penting ". AnWAR sebagai pengkagum Malek Bennabi wajar meneliti kembali tulisan Malek Bennabi. Yang penting adalah menegakkan keadilan (buat beliau dan juga Saiful), bukannya membuat onar dengan pelbagai alasan menangguhkan perbicaraan.....

SUMBER : X-PKR EKSTRIM TOLAK PKR

KOMEN : ANWAR TIDAK AKAN PUTUS ASA PASTI ADA TEMBERANG LAIN YANG AKAN DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN. KENAPA ANWAR NAK LEWAT-LEWATKAN KES LIWATNYA NI .. AKU RASA ANWAR SUPER YAKIN DIA BOLEH MENANG PRU13 JADI KETIKA ITU ANWAR AKAN GUGURKAN KES NI .. INI JE LAH HARAPAN ANWAR. PELIK KAN KALAU MEMANG TAK BUAT KENAPA TAKUT????? ANWAR ANWAR ... ALLAH SEDANG MELIHAT ...

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP