Dr. Mahathir BUKAN Nik Aziz
Seorang perwakilan di perhimpunan agung MIC Ahad lalu, yang menyarankan potret Tun Dr Mahathir Mohamad dikalungkan dengan sepasang selipar, memohon maaf secara terbuka kepada mantan perdana menteri itu.
"Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
M Sukumaran dari bahagian Paya Besar, Pahang, menambah belaiu juga akan menetapkan temujanji untuk bertemu bekas pengerusi BN itu untuk menyampaikan mohon maafnya secara peribadi.
"Saya kesal mengeluarkan perkataan-perkataan tersebut (kalungan selipar). Saya benar-benar kesal.
"Saya sangat-sangatlah berharap Dr Mahathir akan menerima maaf saya," katanya.
Beliau juga memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga pengerusi BN.
KOMEN : MAJORITI RAKYAT MALAYSIA HORMATI CHEDET TAPI HARAPNYA JANGANLAH ULANGI KESILAPAN PAS DENGAN MENGANGGAP TGNA YANG PALING TERBAIK DAN MESTI BETUL SEMUANYA SEHINGGA TIDAK BOLEH DITEGUR. SELAMA INI PUN CHEDET SANGAT BERHEMAH DAN SANGGUP DIKRITIK DAN DIGELAR MACAM-MACAM GELARAN YANG BURUK OLEH PAKATAN. PASTIKAN CHEDET BUKAN TGNA ... JADI JANGANLAH KITA TERLALU MENGAGUNGKAN CHEDET KERANA AKU PASTI CHEDET PUN TAK MAHU DIPERLAKU BEGITU .... PASTI KITA JUGA TIDAK MAHU PEMIMPIN DI AGUNG-AGUNGKAN SEPERTI PAKATAN MENGAGUNGKAN ANWAR ....
1 comments:
KEMENANGAN UNTUK
PEMIMPIN YANG DIJANJIKAN
APABILA Allah Taala menjadikan kemenangan
kepada umat Islam di suatu zaman, di sebuah negara, ber-
laku di dunia ini
Tuhan akan pilih seorang pemimpin yang dijanjikan
Allah mencukupkan dan lengkapkan
keperluan-keperluan pada seseorang pemimpin itu
jasmani dan rohaninya
Hingga terserlah kemampuan
dan kewibawaannya
Orang-orang yang direzekikan
menjadi pengikut-pengikutnya
jatuh hati kepadanya
Maka pemimpin itu pun mendidik
dan memimpin pengikutnya
Tuhan permudahkan pengikut-pengikutnya
menghayati didikannya dan mengamalkannya
Maka terjadilah jemaah dan pengikut-pengikutnya
menjadi role model di zamannya
Rahmat dan berkat dari Allah pun mencurah-curah datang
di bumi dan langit
Khawariqul ‘adah dan berita-berita ghaib pun berlaku
sebagai bantuan dan keyakinan
Dalam masa yang sama ujian-ujian-Nya pun ditimpakan
kepada pemimpin dan pengikut-pengikutnya
Untuk menyaring di kalangan para pejuang
di antara yang ikhlas dengan yang mengambil peluang
Natijahnya terjadilah saringan
Ada yang kekal dan ada yang terbuang
Ada yang tinggal ada yang menentang
Yang tinggal Allah takdirkan mereka
makin serius membaiki diri
Malam menjadi abid mengadukan halnya
kepada Tuhan
Siang hari berusaha dan berjuang
macam singa yang garang
Barisan pejuang bertambah bersatu dan berdisiplin
di dalam satu pimpinan
Bantuan Tuhan yang besar pun datang
secara luar dugaan
Iaitu diberi kemenangan di dalam perjuangan
Yang selama ini memang ditunggu-tunggu
dengan penuh kesabaran
(SAJAK DIPETIK DARI SYEIKH ASHAARI MUHAMMAD)
Post a Comment