Bagan Pinang : Jeff Ooi TENTANG Habis-habisan KM Penang di gilirkan
PKR calls it the "new formula" -- to allow all races to get a taste of being the Chief Minister of Penang.
The idea came from Pemuda PKR's Penang Chief, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, who is the Member of Parliament for Balik Pulau.
If it is of any significance, Yusmadi chose Umno mouthpiece Berita Harian to articulate his idea, hurling it at all and sundry of the public.
To stretch the imagination further, why stop short at being just the Chief Minister of Penang? Rotate Penang CM. How about Selangor MB?
How about the Chairman and CEO's posts for public-listed Perbadanan Bekalan Air (PBA), the Chairman and CEO's posts for Penang Development Corporation (PDC), the president's posts for the two municipal councils at MPPP and MPSP.
Once Anwar Ibrahim captures Putrajaya, there's the federal posts in Penang, that of the chairman of Penang Port Commission (PPC), the chairman and CEO of the soon-to-be-listed Penang Port Sdn Bhd (PPSB).
And more, if you care to count the eggs before they are hatched. All can be rotated among all races.
FAMOUS LAST WORDS... If it's a "new formula", Selangor may want to start having a rotational Menteri Besar. (I am not arguing for the case of Hasan Ali, though.)
Beri peluang kepada semua kaum pegang jawatan Ketua Menteri
KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum menjadi pemimpin selaras prinsip perjuangan gagasan Pakatan Rakyat (PR), keadilan untuk semua.
Ketua Pemuda PKR yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, berkata formula politik baru itu perlu bagi menggantikan formula Barisan Nasional (BN) dan Perikatan yang memberi jawatan tertinggi itu hanya kepada kaum Cina dan jawatan timbalan ketua menteri kepada kaum Melayu.
Beliau berkata, sebagai rakan pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum dan menolak politik perkauman sempit, sudah sampai masanya formula itu ditukar bagi memberi peluang kepada semua kaum menjadi ketua menteri.
"Pulau Pinang sejak dulu lagi terperangkap dengan formula BN dan Perikatan yang menjadi asas politik perkauman dengan memberi jawatan Ketua Menteri kepada kaum Cina semata-mata atas alasan kaum majoriti di negeri ini.
"Politik baru Pakatan Rakyat tidak menjadikan kaum sebagai alasan utama, orang Melayu atau India pun boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Peluang itu terbuka kepada semua dan saya yakin masyarakat di sini juga sudah dapat membezakan prinsip keadilan dan kemanusiaan berbanding fahaman agenda sempit dan perkauman yang diamalkan parti kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mohd Yusmadi percaya kepemimpinan tertinggi pakatan termasuk DAP, PKR dan Pas dapat menerima pandangan itu dan melaksanakannya.
"Tidak ada masalah (pelaksanaan), sebab mereka (PR) turut mengangkat agenda keadilan dan menolak prinsip perkauman seperti Pas yang melaungkan slogan Pas untuk semua.
"PKR sendiri adalah parti yang menolak agenda perkauman dengan mengangkat agenda keadilan dan ini dibuktikan melalui kepemimpinan kami yang diterima rakyat tanpa mengira kaum," katanya.
Beliau yang mewakili golongan muda di negeri itu juga yakin formula baru itu dapat dilaksanakan menerusi pendekatan tolak ansur antara pemimpin dalam pakatan.
"Saya yakin inilah citra politik yang dimahukan rakyat Malaysia, iaitu kepemimpinan politik tidak kira kaum Melayu, Cina dan India," katanya.
Ditanya pandangannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang sedia ada, Lim Guan Eng, Yusmadi berkata, Lim sekarang berusaha keras memenangi hati rakyat dengan memberi keutamaan kepada pelbagai aspek dan usahanya itu diterima baik semua pihak.
Baca selanjutnya @ http://www.jeffooi.com/2009/09/pkr_lets_rotate_penang_cms_pos.php
0 comments:
Post a Comment