Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, August 6, 2009

Penawar Selsema Babi @ H1N1

Jumlah terkumpul kes H1N1 sehingga 6/8/2009 yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga hari ini meningkat kepada 193,686 kes dengan 1,361 kematian daripada 171 negara, iaitu pertambahan 4,531 kes dan 42 kematian ematian berbanding dengan hari sebelumnya dengan pertambahan tiga (3) negara iaitu Grenada, Kiribati dan Tokelau. Di Malaysia sebanyak 16 lagi kes jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) dikesan di negara ini hari ini menjadikan jumlah terbaru meningkat kepada 1,476 dengan 13 kes kematian.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengistiharkan wabak selsema babi sudah di tahap ke 6 iaitu tahap pandemik.

Dunia sebenarnya dalam ketakutan tetapi ianya tidak diberita dengan sebenarnya supaya tidak timbul rasa panik. Amerika, Jepun dan beberapa negara dengan beribu saintis dan jutaa dollar sedang berusaha keras mencari penawar selsema babi.

Hadis riwayat Al-Bukhari menyebut yang maksudnya seperti berikut  "Habbatus Sauda’ mempunyai penawar bagi semua penyakit kecuali maut.”

Mencegah lebih baik daripada merawat. Kenapa kita tidak bersedia dari sekarang? Berdasar kepada keyakinan Hadis Nabi ini insyallah pengamalan Habbatus Sauda boleh menjadi penawar kepada selsema babi kecuali bagi mereka yang memang telah ditakdirkan dijangkiti selsema babi. Cara pengamalan yang terbaik adalah dengan Basmallah, Selawat dan Niat dilindungi oleh Allah dari wabak penyakit. Insyallah dengan izin Allah kita dan keluarga akan dihindari dari wabak yang sangat menakutkan ini dan mendapat berkat kerana mengamalkan Sunnah Nabi. ANDA boleh beli Habbatus Sauda di Saudacare.Com. Aku pun tengah risik-risik nak jadi agen Habbatus Sauda insyallah bisnis bagus untuk Penawar Selesema Babi. Mereka yang berjaya sering berkata dalam apa juga keadaan pasti ada PELUANG.

Teringat pulak beberapa filem Holywood, manusia dijangkiti virus dan berubah menjadi ganas seperti haiwan. Di Malaysia pun ada filem yang serupa Zombi Kampung Pisang. Aku ada terbaca sebuah buku tapi lupa tajuknya bahawa di akhir zaman kelak akan berlaku dimana manusia akan diserang wabak yang mengubah manusia menjadi ganas. Mungkinkah wabak 1918 yang membunuh jutaan manusia akan berulang lagi?

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP