Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Sunday, August 2, 2009

Nik Aziz jumpa DS Najib bayangi DEMO Murahan AnWAR

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menerima saranan Perdana Manteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjaga perasaan dan sensitiviti ahli UMNO dalam mengeluarkan kenyataannya sehingga menyinggung pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak berniat mengganggu perasaan hati mana-mana pihak, jika pihak terbabit tidak mengganggunya.
Beliau juga bersyukur kerana dapat menemui Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini ketika Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan walaupun pertemuan itu tidak dirancang.
“Walaupun perjumpaan ini secara mendadak, dan saya terpaksa membatalkan program lain tapi ia semacam jaminan memberi positif untuk bekerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini yang meminta beliau menjaga perasaan orang UMNO dan tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak jika ingin mewujudkan kerjasama yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Komen MSO : APA yang berlaku di Kota Bharu hari ini bagi saya lebih penting dan bermakna apa yang berlaku di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur berlangsung himpunan dan tunjuk perasaan anti ISA yang dianjurkan Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) tetapi digerakan sepenuhnya oleh Pas. Manakala di Kota Bharu pula berlangsung pertemuan antara Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak.


Langkah Tok Guru menemui Najib itu dikira bijaksana dan rasional. Seharusnya kalau beliau mengutamakan pertemuan itu demi survivalrakyat Kelantan dan meninggalkan sikap politik keakuan melampau. Beliau kini kena memikirkan masa depan Kelantan berbanding perkara-perkara lain atau survial tokoh lain. Misalnya mengenai protes ISA itu, belum tentu takyat Kelantan akan sejahtera dan negeri Kelantan membangun kalau ISA sudah dihapuskan. ISA bukan menjadi ancaman besar kepada kemajuan negeri Kelantan dan juga kerajaan Membangun Bersama Islam.

Dalam penjelasannya Najib tidak menunjukkan sikap angkuh dan kebenciannya kepada kerajaan Kelantan. Bahkan beliau membahasakan Tok Guru sebagai Tok Guru. Saya rasa inilah perdana menteri pertama yang membahasakan diri Nik Aziz sebagai Tok Guru. Sikap ini menjelaskan ketinggian akal budi Najib dan penghormatannya kepada Tok Guru. 


Untuk sedia melaksanakan itu beliau nampaknya tidak memberi syarat tertentu hanya meminta Pas tidak menimbulkan soal-soal yang boleh menyinggungkan hati orang Umno saja kalau perlukan bantuan. Ertinya Najib tidak mengenakan syarat anih yang menyukarkan Tok Guru melaksanakannya. Ada logiknya juga, adalah canggung untuk Najib memenuhi permintaan itu kalau partinya terus dikritik Pas.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

4 comments:

Lin August 2, 2009 at 12:51 AM  

salam

boleh percaya ke Nik Aziz tu...

esok dia kata akhbar salah petik kata-kata dia pulak...

denaihati August 2, 2009 at 12:58 AM  

Yg penting bak kata MSO PM tunjuk akhlak yang terbaik dan terpuji...tu pun dah kira pukul abis....

Anonymous,  August 2, 2009 at 2:20 AM  

percaya atau tidak ... jika terdapat kematian ADUN PAS setiap minggu atau bulan sepanjang tahun hingga PRU 13, maka setiap kali itu la NIK AJIS nak adakan KERJASAMA DENGAN KERAJAAN PUSAT. Selesai PRK Permatang Pasir nanti insyaallah tunggu fatwa baru dari tuan guru Nik Aziz

denaihati August 2, 2009 at 9:56 AM  

Gitulah ketika TG jadi Ulama Politik...strategi mesti ada..kan politil menghalalkan segalanya

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP