Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Saturday, August 29, 2009

KEPALA LEMBU : KONSPIRASI SIAPA KALAU GITU???

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.

Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.

Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.

Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.

Menurutnya, apa yang dihasratkan ialah untuk mengadakan satu protes secara aman.

Pada mulanya, jelas Mahyuddin, ahli jawatankuasa berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi yang disertai kira-kira 3,000 orang tetapi beliau membantah idea itu kerana mahu protes itu diadakan secara aman.

Mahyuddin juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.

Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan.

Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

KOMEN : KALAU PENGANJUR PUN TAK TAHU SIAPA YANG BAWA KEPALA LEMBU TU...JADI MACAM MANA TU?

MUNGKINKAH :

1. UMNO YANG BUAT KERANA NAK BURUK-BURUK KAN KERAJAAN SELANGOR.
2. MUNGKINKAH PAKATAN YANG SELITKAN SUPAYA MEREKA BOLEH HENTAM KERAJAAN BN TAK SENSITIF KEPADA AGAMA LAIN... NAMPAKNYA MACAM BETUL KERANA SEMUA BLOG PEMIMPIN PAKATAN BETUL-BETUL FOKUS ISU INI...EMMM

MACAM-MACAM TEKTIK POLITIK ...KESIAN MEREKA YANG IKHLAS TAPI KENA MAIN JUGA.....

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Anonymous,  August 29, 2009 at 11:05 PM  

Mana PAS? Mana Hadi Awang? Buat lahceramah perdana di Shah Alam Sek 23 kalau berani? Cakap kosong boleh. Kerana nak kuasa politik sanggup biarkan Islam di hina dan jadi boneka kepada DAP. Sanggup Melayu tak ada hak di Tanah Melayu

NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN,  August 29, 2009 at 11:31 PM  

Siasat kenapa Xavier seorang kristian minta pindahkan kuil hindu kekawasan majoriti melayu.Pelek tak seorang kristian bersungguh2 nak kuil dibina disitu.Jeng-jeng nanti yang nak belaga Islam dan Hindu disebabkan Idea seorang kristian.Fikir2kan lah

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP