Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Monday, August 10, 2009

Inkues Beng Hock : GEMPAR Kesan DARAH hanya kesan bahan anti karat

Kesan menyerupai darah yang ditemui di bahagian tangga kecemasan antara tingkat 14 dan 15, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam Shah Alam disahkan bukan darah.
Perkara itu disahkan oleh peguam Gobind Singh Deo berdasarkan siasatan forensik di tempat kejadian yang bermula pada jam 11.20 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang.

Kata Gobind, kesan menyerupai darah itu difahamkan adalah kesan cat anti karat tetapi ia hanya akan disahkan oleh ahli kimia pada esok.Namun begitu kata Gobind, pihaknya dapat mengesan bahan gentian (fiber) di lokasi mayat Teoh di jumpai di koridor tingkat lima.

Petikan Malaysiakini : Kesan yang ditemui di tangga ke tingkat 15 Plaza Masalam disahkan bukan darah manusia tetapi dipercayai bahan anti-karat. Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock berkata, laporan penuh mengenainya akan diumumkan esok.

"Tiga ujian telah dijalankan oleh pakar tempatan dan pakar dari Thailand untuk mengesahkannya," kata beliau.

Gobind berkata, pihaknya melawat semula tempat kejadian untuk membolehkan pakar dari luar negara membuat pemeriksaan di situ. Beberapa helai benang dan serabut juga ditemui selepas dijalankan pemeriksaan kali kedua di kawasan tersebut hari ini.

Menurut Gobind, satu laporan akan dibuat oleh pakar-pakar tersebut berhubung penemuan terbaru itu.

Kumpulan pakar forensik dan peguam meninjau kembali kesan darah di tingkat berkenaan bagi menentukan sama ada ia milik manusia dalam siasatan inkues kematian Teoh.

Kesan darah itu ditemui Jumaat lalu oleh peguam Teoh dan koroner Azmil Muntapha Abas sewaktu kunjungan mereka ke tempat kejadian, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dan tempat mendiang ditemui di koridor tingkat 5 bangunan tersebut.

Berikutan itu, prosiding inkues hari ini ditangguhkan bagi membolehkan pakar patologi dan forensik memeriksa dua kesan tompokan tersebut.
 
KOMEN : SEMAKIN GIGIL LAH MEREKA YANG TELAH BUAT SALAH DAN MEREKA YANG SEGAJA MENUDUH MELULU...APA NAK BUAT LAGI...KES ARAK PUN TAK BOLEH PADAM KES TEOH....PASTI MEREKA INI SEDANG MEMERAH OTAK NAK CARI ISU BESAR...NI YANG TENGAH ATTACK ISLAM HABIS-HABISAN...KENAPA TAK PERCAYA KE?

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP