Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, August 11, 2009

Inkues Beng Hock : Ada TULANG dalam stokin Teoh

Pakar pathologi yang menjalankan bedah siasat terhadap mayat Teoh Beng Hock mendapat setiausaha politik itu mengalami pelbagai kecederaan, khususnya di bahagian kanan badannya.

Dr Khairul Azman Ibrahim juga berkata serpihan tulang ditemui di dalam sebelah stokin yang dipakai di kaki kanannya.

Khairul, bertugas di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang, berkata beliau menjalankan bedah siasat Teoh pada 17 Julai, sehari selepas mayat Teoh ditemui di tingkat 5 Plaza Masalam, sehari selepas dibawa untuk disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Membacakan laporan bedah siasatnya, Khairul hari ini berkata mayat Teoh mengalami calar-calar dan kesan keretakan.Khairul memberikan keterangan di inkues kematian Teoh di depan koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam yang masuk hari kelima.


Pakar perunding kanan perubatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim memberitahu mahkamah koroner di sini beliau tidak pernah menjalankan bedah siasat bersama seorang lagi pakar kecuali untuk mayat Teoh Beng Hock.Bedah siasat di bilik mayat HTAR itu dilakukan bersama pakar patologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr. Prashant Naresh Samberkar sebagai memenuhi permintaan abang Beng Hock, Teoh Beng Tee.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP