Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, August 12, 2009

GUAN ENG : LALUAN SUKAR UNTUK PAS DI PERMATANG PASIR

Pas mungkin berdepan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir dalam pilihan raya kecil 25 Ogos ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata Barisan Nasional mempunyai peluang yang sama rata untuk memenangi pilihan raya itu.

“Peluang 50-50 untuk kedua-dua pihak kerana masalah dalaman yang sedang dihadapi Pas belum selesai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, pada 31 Julai lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Mengenai hari pengundian yang diadakan pada Ramadan, Lim berkata pakatan pembangkang akur dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya itu.“Saya terkejut tetapi akur dengan keputusan itu kerana pada pilihan raya kecil DUN Lunas (di Kedah), ia diadakan pada bulan Ramadan juga, jadi tiada masalah bagi kami,” katanya.

KOMEN : BN MESTI BOLEH GOYANG KAKI NI BILA DENGAR GUAN ENG SECARA PSIKOLOGI KATA PAS ADA PELUANG 50-50 JE.....AKU TUNGGU MESTI BANYAK LAGI PERANG PSIKOLOGI AKAN BERLAKU DI PERMATANG PASIR NI.....

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

melayuygtaklayu,  August 12, 2009 at 1:06 AM  

hahaha!!!lakonan...lakonan...lakonan.. dasyat betoi cara pembangkang tarik undi...

Ashley Ahmed August 12, 2009 at 9:43 AM  

Salam,

PAS ditujal kepala lagi oleh DAP?!

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP