Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, August 12, 2009

AnWAR : UMNO TERDESAK, PKR TERSEPIT

Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduhkan Umno 'semakin terdesak' ekoran serangan terbaru parti itu terhadapnya.

AKhbar Utusan Malaysia milik Umno memetik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata Anwar seorang "pengkhianat" kepada orang Melayu dan "memutarbelit fakta".

Dalam satu kanyataan hari ini, Anwar berkata, kepimpinan Umno bersungguh-sungguh untuk menyebar propaganda yang memanipulasikan simbol kaum, agama dan institusi raja dengan niat untuk mengekalkan pandangan sempit mengenai hubungan kaum.

Menurut ketua umum PKR itu, ini bukan kali pertama beliau dilabelkan sebagai 'pengkhianat orang Melayu'. Sebelum ini pun, tambahnya, ada percubaan yang sama dan "usaha terbaru ini jelas menunjukkan bahawa Umno semakin terdesak".

Anwar yang dipecat daripada jawatan timbalan presiden Umno pada 1998 berkata, beliau tidak mahu terbabit dengan pertikaian peribadi dengan Muhyiddn dan beliau hanya memberi respons "berdasarkan fakta dan prinsip". "(Pakatan Rakyat) dengan jelas menyatakan (bahawa kami komited) dalam memelihara prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Ini, katanya, termasuk status Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sambil membenarkan penggunaan bahasa-bahasa lain, kedaulatan institusi Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, dan hak semua kaum yang dijamin di bawah perlembagaan.

KOMEN : APABILA UMNO MENYERANG KATANYA TERDESAK. BILA PAKATAN MENYERANG KATANYA DEMOKRASI. BILA MELAYU PERTAHANKAN PRINSIP KATANYA PERKAUMAN TAPI BILA CINA DAN INDIA PERJUANGKAN HAKNYA KATANYA KEBEBASAN BERSUARA......AKU TAK ABIS FIKIR DENGAN BUDAYA PAKATAN NI.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP