Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, August 20, 2009

GEMPAR : Muhyiddin JUAL tanah JOHOR kepada SINGAPORE

(Dapatkan Penawar Selsema Babi yang terbukti mujarab) Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi menteri besar Johor. Katanya, fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan BN.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi menteri besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata," kata beliau pada ceramah di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Bukit Mertajam malam tadi.

Timbalan perdana menteri berkata pembangkang membuat fitnah itu kerana tidak tahu sejarah sebenar wujudnya sebuah pusat penyelenggaraan air di kawasan Sungai Lingiu di Bandar Tenggara, Johor.

"Saya terpaksa menjawab kerana pembangkang telah membuat fitnah... apa yang berlaku sebenarnya ialah semasa saya menjadi menteri besar, satu hari saya menerima panggilan daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya.

Muhyiddin berkata perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggilnya secara mengejut ekoran kunjungan Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura ketika itu, ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air. Katanya, dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (menteri kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, perdana menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.

"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala.

"Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menganggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang," kata beliau.

Muhyiddin berkata isu kononnya beliau menjual tanah kepada Singapura sebenarnya adalah satu dakwaan yang bodoh dan dilemparkan oleh orang yang tidak tahu sejarah.

KOMEN : BERITA NI AKU PETIK DARI MALAYSIAKINI MAKNANYA PASTI TAK ADA MANUPULASI BERITA KAN PAKATAN PERCAYA SANGAT...TAPI TENGOK LAH PASTI KELUAR CERITA PUTAR BELIT LAIN MACAM KISAH DR ASRI YANG DIKATAKAN JAMPI AIR TAK BETUL SEDANGKAN BILA AKU TONTON RANCANGAN DR ASRI YANG DIA MAKSUDKAN LAIN TAPI DITAFSIRKAN LAIN....POLITIK GITULAH TAPI...SYURGA NERAKA PUN ADA UNTUK KITA BLOGGER NI....

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Lin August 20, 2009 at 8:38 PM  

SALAM

SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...

SALAM SEJAHTERA

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP