Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Saturday, August 29, 2009

Bantahan bina KUIL di SHAH ALAM mesti ikut PERADAPAN ISLAM bukan EMOSI

(DAPATKAN PENAWAR SELSEMA BABI) Sebahagian petikan dari blog KJ : Tindakan ini tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum. Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara.

Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan. Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan YAB Menteri Besar. Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan.

Tindakan ini sudah tentu akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu dan rakyat Malaysia amnya. Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu – yang memang pun berlaku – membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak Al-Quran? Tidakkah orang Melayu akan bangkit dengan kemarahan membara? Jika ya, tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa hina? Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini?

Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam. Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal." Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci Al-Quran.

KOMENUntuk kali ini aku bersetuju dengan komen KJ. Kita orang ISLAM tidak boleh terjebak dengan EMOSI apabila memperjuangkan soal-soal kepentingan ISLAM. Nabi saw berjaya mengembangkan ISLAM dengan AKHLAK yang MULIA.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP