Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, July 8, 2009

PAS KELANTAN Fitnah Ustaz Nasharuddin

Luahan MSO kerana Fatah memfitnah Ustaz Nasharuddin : Menurut Fatah ketiadaan Nasharudin itu kononnya adalah kerana 'malu mata', dan atas kehendak Nasharuddin sendiri dan tidak ada siapa yang melarangnya untuk datang. Sebagai seorang pemimpin parti Islam dan besan kepada Mursyidul Am Pas, kenyataan dan penjelasan Fatah itu sungguh memalukan dan songsang.

Dari maklumat yang sampai ke telinga saya, ketiadaan Nasharudin itu adalah atas kehendak Pas Kelantan sendiri. Dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas pada 25 Jun telah memutuskan untuk tidak membenarkan Nasharudin hadir pada hari penamaan calon atau diharamkan menjejak kaki di Manik Urai hingga selesai pilihan raya kecil itu.

Apakah situasi demikian tidak boleh disamakan dengan satu fitnah mentah-mentah kepada Nasharuddin. Semua orang beriman dengan Muhammad s.a.w. tahu hukum fitnah!

Pas Kelantan janganlah 'manggak' sangat. Jangan kita bermegah dengan kekuatan kita. Kalau Allah s.w.t. nak balikkan sesuatu itu cukup dia hanya mengatakan 'kun fayakun' saja, maka jadilah. Saya bimbang dengan pergolakan dan politiking di dalam Pas kini akhirnya menyebabkan Pas Kelantan dihadiahkan musibah tidak terhingga oleh Allah s.w.t. Dan kalau Pas sudah tidak suka kepada Nasharudin nyatakan kepadanya dan biarlah keputusan itu istiqamah.

KOMEN : TAK SANGKA SUNGGUH SIFAT FITNAH DAN DENDAM ADA DIKALANGAN ORANG YANG DIHORMATI KERANA DIPANDANG LEBIH BERILMU DARI YANG LAIN....ITULAH DUNIA AKHIR ZAMAN!!!!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Ashley Ahmed July 8, 2009 at 7:21 PM  

Salam Ziarah,

Saudara, semalam dalam harakah dia kata BN yg dendam, mengata dulang paku serpih btol la.

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP