Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, July 8, 2009

KALAU SAYANGKAN MALAYSIA MESTI BACA

Petikan penting dari Blog Faisal Tehrani : DEMOKRASI. Kebebasan. Hak asasi. Inilah yang dijual oleh Amerika Syarikat kepada dunia. Untuk tujuan itu, Amerika Syarikat akan turut mendanai kumpulan tertentu di negara yang disasarkan. Apabila negara tersebut jatuh ke tangan Amerika Syarikat, segala kemewahan akan disedut oleh sang kapitalis, dan yang mendapat keuntungan serta kelebihan ialah masyarakat kelas atasan, golongan kaya dan hartawan.

Media digunakan untuk menyebar kebencian dan dakyah palsu. Kod warna diperkenalkan untuk menunjukkan solidariti mereka, konon, mereka bangkit untuk memastikan demokrasi, kebebasan dan hak asasi. Perlahan-lahan slogan anti demokrasi meresap di televisyen swasta, dan akhbar-akhbar pro pembangkang (yang harus disemat dalam benak anda, mereka ini terbukti didanai golongan ‘berkepentingan’.

Salah satu jentera di bawah CIA tersebut ialah NED. Apakah NED? NED ialah National Endowment for Democracy. NED berfungsi untuk menyalurkan dana bagi menjatuhkan kerajaan di negara yang tidak memihak kepada Amerika Syarikat. Atau di negara yang Amerika Syarikat percaya tokoh buah hatinya akan lebih ‘berfungsi’. Inilah yang sedang dilakukan oleh NED di Malaysia dan Republik Islam Iran.

Adalah tidak mengejutkan Kenneth Timmerman, salah seorang pemikir NED terlanjur mengatakan dalam ucapannya di sebuah majlis di Washington beberapa hari sebelum pengundian di Iran, berbunyi begini: “There’s the talk of a ‘green revolution’ in Tehran.” Gerakan hijau yang beliau maksudkan tidak lain tidak bukan ialah gerakan pembangkang atau reformis yang diketuai Mir Houssein Mousavi. Kempen Mousavi menggunakan warna hijau.


Di Malaysia, adakah NED beroperasi? Sudah tentu. Pendokong gerakan Islam mestilah berhati-hati dengan laporan media dan khabar angin menerusi internet misalnya, selain menjauhi sebarang gerakan yang obses dengan kod warna seperti kuning atau hitam. Pendokong gerakan Islam juga boleh menghindari dari terjebak dengan kejahatan Amerika Syarikat ini dengan mengenalpasti siapakah tokoh politik yang sentiasa lunak dan menjadi jurucakap untuk Amerika Syarikat. Cepat, dapatkan filem The War On Democracy dan tonton sendiri!

Petikan dari KeAdilan Online : “Saya meminta semua rakyat yang pentingkan keadilan supaya datang beramai-ramai ke perkarangan mahkamah Rabu ini dengan memakai baju hitam untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.

KOMEN : BUKANKAH DI MALAYSIA SUDAH ADA GERAKKAN MENGGUNAKAN KOD WARNA!!! SUDAH ADA PEMIMPIN YANG MENJADI JURU CAKAP AMERIKA SYARIKAT!!! PANJANGKAN BERITA INI KEPADA SEBERAPA RAMAI YANG CINTAKAN MALAYSIA. SEMUGA MALAYSIA DI BAWAH LINDUNGAN ALLAH DARI GANGGUAN AMERIKA DAN AGEN-AGEN NYA.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Gedung Akal July 9, 2009 at 10:32 PM  

TUAN,
Saya sudah baca dan menilai artikel faisal Tehrani dan rumusan saya ialah Amerika sebenarnya lebih gemar menjatuhkan sesiapa yang tidak ikut telunjuknya khusus dalam halehwal ekonomi dan hubungan antarabangsa.
Pemimpin Iran dan Venezuela ternyata mengamcam survival kapatalis amerika di sana dan mereka perlu dinyahkan.
Islam juga akan menyekat sistem kapitalis yang menindas dan jangka panjang maka merugikan Amerika, maka perlu disekat.
Persoalan warna itu adalah strategi semasa bagi merealisasikan hasrat mereka dan tidak ada kaitan dengan pergolakan politik setempat.
Apa yang asas ialah jika ada pihak cuba menyekat kepentingan Ameriaka/Yahudi maka mereka perlu dinyahkan. Pemimpin Malaysia terbukti mengikut kemahuan Amerika dan tidak perlu dibimbangkan. Anwar sebenarnya yang mahu dinyahkan oleh Amerika maka dengan sebab itulah sebelaum beliau naik maka perlu dijatuhkan dan alasan moral adalah paling tepat dalam konteks masyarakat yang berpegang kepada agama dan moral.
Alasan keburukan moral adalah alat politik semata-mata sedangkan apa yang tersirat ialah sekat Islam dari bergerak lancar yang mana akan menimbulkan masalah di belakang hari. Perlulah dibaca perspektif ini untuk menjadi bangsa yang benar-benar berjiwa besar dan beranu. Jika tidak selamanya kita akan terjajha dan jadi alat ekonomi kuasa besar dunia.
Politik yang bebal amat ditagih oleh Amerika agar bangsa ini terus bercakaran dalam ruang pemikiran yang sempit- di Malaysia antara Anwar dan Kerajaan. Rakyat tidak nampak musuh sebenar manakala musuh itu setiap detik mencaturkan kita!

Gedung Akal July 9, 2009 at 10:32 PM  
This comment has been removed by the author.

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP