Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Monday, June 1, 2009

Pemilihan PAS : Kickdefella VS MSO

Muktamar PAS semakin hampir. Suasana semakin PANAS!!!! HUSAM yang dicalonkan tapi KICKDEFELLA pulak BERENTAM dengan MSO. Apalagi geng2 yang sokong HUSAM tambah minyak bagi hangat antaranya KedahLanie ...

Petikan dari blog MSO ...

SAYA banyak menerima email dan pertanyaan mengenai dakwaan dan tuduhan ke atas saya berhubung projek kambing Jamnapari atau Jihad Ternak. Saya tidak bersedia untuk menjawab di sini sebab isu itu sudah lama ditimbulkan.

Saya telah menulis 'hikayat' Jamnapari ini sebanyak lapan siri. Penjenguk yang rajin dan tahu membuat penyelidikan mungkin sudah menemuinya. Dalam tulisan itu saya jelas dan dedahkan senario di sebalik projek berkenaan; siapa terlibat, kenapa gagal dan siapa yang main kayu tiga dalam projek berkenaan.


Petikan dari blog Kickdefella ...


Maka blog ini hari ini mengambil inisiatif untuk mencabar Mohd Sayuti Omar berdepan dengan wakil Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad di sebuah forum terbuka yang sedia saya anjurkan bagi semua yang berminat tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam isu Jihad Ternak.
Ustaz Zulkifli Yaacob, wakil Akademi yang terlibat dari awal dengan Jihad Ternak Sdn Bhd telah menyatakan persetujuan untuk tampil dalam forum terbuka ini.

Pihak Akademi juga sudah memberi kebenaran untuk blog ini menyiarkan dokumen-dokumen dan kertas sebut harga berhubung dengan urusan kambing Jamnapari. Ia juga akan membuktikan jumlah wang yang sudah pihak Akademi bayar kepada sahabat Sayuti seperti perjanjian awal perniagaan.


Petikan dari blog KedahLaine ..

Barulah saya tahu kenapa MSO marah sangat dengan Husam Musa. Pada satu masa dahulu, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan projek penternakan kambing di Kelantan.

Maka datanglah MSO bersama seorang Dato' bernama Dato' A untuk membuat tawaran "supply" kambing kepada kerajaan Kelantan.

Pada awalnya, tawaran MSO+Dato' A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM600 seekor. Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Cucu Tok Selampit June 1, 2009 at 7:53 PM  

Tuan,

Posting yang menarik. Minta izin ketak link blog Tuan dalam list blog kawan-kawan.

Thanks.

Cucu Tok Selampit June 1, 2009 at 7:53 PM  
This comment has been removed by the author.

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP