Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Saturday, May 30, 2009

Profesional di benci di UMNO

Umno disaran supaya membenarkan golongan cerdik pandai dan cendiakawan memegang jawatan dalam parti itu bagi menarik lebih baik golongan muda menyertai dan mempercayai Umno. Pada masa yang, penganalisa politik dan sejarah, Datuk Dr Ramlah Adam berkata Umno juga perlu membuat kajian akademik untuk mengenal pasti kelemahan parti sehingga ramai golongan muda khususnya berpihak kepada parti pembangkang. Menurutnya, walaupun sudah berusia 63 tahun, Umno bukan parti yang lemah, tua tetapi ia dipimpin oleh pemimpin yang membawa pemikiran baru.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengambil pelbagai tindakan yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional selepas mengalami kekalahan di beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.

Sementara itu, Ahmad pula berkata kekuatan Umno bukan bergantung kepada media tetapi ia bergantung kepada kekuatan pemimpinnya, kesepakatannya, musyawarahnya dan kekuatannya untuk mengukuhkan Umno.

"Saya tidak fikir kemenangan Umno dalam sesuatu pilihanraya atas sokongan media tetapi ia kerana calon yang hebat dan keberkesanan Umno untuk menarik pengundi," katanya.

KOMEN : Di Cawangan dan Bahagian Para Profesional sangat ditakuti oleh ketua cawangan dan ketua bahagian. Bila Para Profesional masuk je mereka akan cucuk jarum untuk memastikan Para Profesional tak boleh naik dan akhirnya Para Profesional berhijrah ke Parti yang mereka di terima. Lihat sahaja di PAS Para Profesional diterima dan boleh mengambilalih kuasa dari Para Ulama. Bilalah UMNO akan berUBAH atau sekadar laungan kuat semasa persidangan sekali setahun??? Atau tunggu diUBAH oleh Rakyat???

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP