POLITIK menghalalkan SEGALAnya.
Bagi Mohd. Nurfaizalizwan tiada yang lebih membahagiakan selain daripada berpeluang bersanding serentak dengan bapa tercinta, Mohamad Senuan Ahmad Hariri, 45 tahun.
Persandingan ‘anak bapak’ itu menyaksikan Mohd. Nurfaizalizwan, 22, bersama pasangannya, Siti Yusnita Ab. Manah, 23, manakala bapanya, Mohamad Senuan dengan Intan Nor Farliana Shamsudin, 19. Lebih menarik majlis itu turut disaksikan oleh bekas Mohamad Senuan iaitu Norliah Hussin, 45, yang juga mengambil bahagian dalam upacara merenjis pasangan pengantin tersebut.
Ketika ditemui, Norliah berkata: ‘‘Saya sungguh gembira kerana majlis persandingan bekas suami dan anak sulung kami berlangsung dengan meriah’’.
KOMEN : Bagi Rakyat MALAYSIA tiada yang lebih gembira sekiranya suasana POLITIK kita aman damai. TIDAK SALAH berbeza FAHAMAN, TIDAK SALAH berbeza PENDAPAT, TIDAK SALAH berbeza PENDEKATAN tapi SALAH jika menimbulkan perasaan BENCI MEMBENCI, SALAH jika MAKI MEMAKI, salah bila POLITIK mengHALALkan segalanya.Bila ada sifat TOLERANSI, HORMAT mengHORMATI, TEGUR MENEGUR pasti MALAYSIA akan menjadi SYURGA sementara untuk warganya.
Apalah guna KUASA jika negara TERGADAI. Apa yang sudah ROSAK bukan mudah untuk dibaiki.
1 comments:
Peranan blog semakin penting kerana masyarakat pada masa depan akan semakin terdidik dan mahu membaca laporan yang tidak berat sebelah, apatah lagi media yang cuba menyembunyikan fakta dan kebenaran.
Post a Comment