Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, April 25, 2013

Gerhana Bulan Separa pada 26/4/2013

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pencinta kebesaran Allah SWT pada pagi 26/4/2013 akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa dan berpeluang juga menyaksikan kehebatan Planet Zuhal. Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Gerhana Bulan akan berlaku beberapa kali setiap tahun dengan fenomena yang berbeza.
Screen Shot 2013 04 25 at 11.56.54 AM Gerhana Bulan Separa dan Planet Zuhal
Pada awal pagi hari Jumaat 26 April 2013 nanti, Bulan akan memasuki kawasan bayang-bayang bumi, lalu berlakulah gerhana bulan separa. Namun kali ini, ia akan bergerak di sempadan kawasan antara bayang-bayang umbra (gelap) dan penumbra (kurang gelap). Secara rasminya, Bulan akan masuk ke kawasan penumbra bermula pada jam 2.03 AM. Tetapi berdasarkan pengalaman sebelum ini, memang sukar untuk dilihat perbezaan dengan mata pada ketika ini.
Screen Shot 2013 04 25 at 11.56.21 AM Gerhana Bulan Separa dan Planet Zuhal
Apa yang perlu ditumpukan ialah ketika Bulan memasuki kawasan umbra, yang bermula pada jam 3.54 AM. Di sinilah kita akan dapati ia kelihatan ‘sompek’ sedikit. Kesompekan Bulan ini akan berterusan sehinggalah ia keluar dari kawasan umbra, pada jam 4.07 AM. Jika rajin, tunggulah sehingga 6.11 AM, yang masa pada saat itu, Bulan secara rasminya sudah keluar terus dari kawasan bayang-bayang penumbra.
Informasi Gerhana Bulan Separa juga boleh di baca di SINI.
Banyak aktiviti yang akan berlansung di seluruh negara sempena Gerhana Bulan Separa untuk menyegarkan ingatkan kita kepada kebesaran Allah SWT.
1. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 26 April 2013, jam 3.00 pagi hingga 6.00  pagi di Planetarium Negara. Masuk adalah percuma. Selain daripada Gerhana Bulan Separa, anda juga berpeluang menyaksikan Planet Zuhal menerusi teleskop sekiranya cuaca mengizinkan.
2. CERAMAH SEMPENA GERHANA BULAN SEPARA
Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 malam – 9.00 malam
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin(MTMZA)
3. SOLAT SUNAT SEMPENA GERHANA BULAN SEPARA (Solat & Khutbah gerhana)
Tarikh : 26 April 2013 (Jumaat)
Masa : 4.00 pagi
Tempat : Dewan Solat Utama, MTMZA
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)
Nota : Kepada yang ada akaun FB dan Twitter sebarkan kepada rakan-rakan manalah tahu jadi asbab untuk mereka laksanakan solat sunat khusuf.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP