Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Monday, March 22, 2010

Dewan Rakyat Lebih Panas Minggu Ini?

Persidangan Dewan Rakyat dijangka lebih hangat minggu ini rentetan isu-isu hangat yang dibangkitkan pada persidangan minggu lepas terutama pendedahan mengenai kegagalan rancangan 16 September pakatan pembangkang.

Tumpuan pasti kembali kepada Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) yang membuat pendedahan rancangan 16 September ketika membahaskan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sehingga menyebabkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) bertindak keluar Dewan.

Zahrain, yang keluar PKR sejak bulan lepas, mendedahkan bagaimana beliau dan rakannya dalam pakatan diperalat dan dibohongi dengan rancangan itu, antara lain, kononnya pakatan mempunyai sokongan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Anwar mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri dengan sokongan wakil rakyat BN yang akan lompat parti.

Pendedahan itu menimbulkan pelbagai reaksi termasuk penafian oleh Angkatan Tentera manakala pergerakan Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pembohongan itu. Tingkah laku anggota Parlimen juga menjadi perhatian.

Rabu lepas, anggota Parlimen pakatan DAP-PKR-PAS bertindak keluar Dewan Rakyat selepas tidak dibenarkan membahas usul Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung arahan kepada ketua polis untuk memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa bagi memudahkan anggota Parlimen.
Anggota Parlimen pembangkang bertegas mereka berhak membahaskan perkara itu sekalipun usul itu diluluskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dengan undian lisan, tanpa bahas.

Antara yang tidak bersetuju dengan tindakan keluar Dewan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkannya sebagai merugikan masa dan sepatutnya digunakan untuk membangkitkan masalah rakyat.

Muhyiddin berkata ia ibarat tidak mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-12, yang sekali lagi mengulangi teguran baginda supaya anggota Parlimen menjaga tutur kata dan tingkah laku sebagai wakil rakyat.

Wakil-wakil pembangkang juga dijangka membuat "serangan" terhadap kerajaan seperti minggu lepas apabila mereka mempertikaikan gagasan 1Malaysia dengan mengaitkannya dengan APCO Worldwide yang dikatakan terbabit dengan konsep "One Israel" pada 1999.

Bagaimanapun, firma perunding komunikasi antarabangsa itu pada Khamis menafikan dakwaan pembangkang selain menafikan pembabitan APCO dengan "One Israel" atau Perdana Menteri Israel Ehud Barak seperti didakwa.

Blok Bebas yang kini mempunyai tujuh anggota dijangka bersuara lagi minggu ini.
Anggota Parlimen Bebas lain ialah Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan dua wakil rakyat Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau). Jadi, tumpuan mingggu ini tentunya kepada anggota Parlimen Bebas yang belum berpeluang berhujah, khususnya Zulkifli yang digambarkan sebagai individu amat tegas pendiriannya.

Lebih penting adalah sejauh mana masa yang diperuntukkan di Dewan Rakyat itu digunakan untuk membangkitkan masalah rakyat dan bukan sekadar untuk gimik politik sempit yang akhirnya tidak membawa ke mana-mana.

Sumber @ http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/03/dewan-rakyat-lebih-panas-minggu-ini.html

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Pemudasp March 22, 2010 at 10:05 AM  

Sekali tengok macam citer tamil pun ader... mula2 hero kalah, pastu hero menang , pastu awek kena culik, pastu hero kena blasah... last hero menang.... padaiyapppaaa!!!!

hyprobulksms August 26, 2010 at 3:59 PM  

@Pemudasp,

Ini bukan cerita Tamil, ini adalah kebenaran tentang demi politik sanggup ikut telunjuk yahudi.

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP