Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, February 25, 2010

EXCO bantah Wan Azizah jadi Canselor UNISEL

1. Exco Selangor YB Dr. Xavier Jeyakumar umumkan Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) sekarang Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan disambung perkhidmatannya yang dijangka tamat Jun 2010. MB YAB Tan Sri Khalid Ibrahim pula kata kerajaan negeri masih belum membuat apa-apa keputusan tentangnya lagi.

2. 'Tip' dari UNISEL menyatakan pengumuman Xavier si doktor gigi tu hampir pasti! TS Khalid masih lagi bermain tarik tali, tidak mahu umumkan secara jelas. Beberapa nama telah dicadangkan bagi menggantikan Datin Seri Rosmah. Yang lebih menarik perhatian, cadangan nama itu juga datang dari beberapa sumber.

3. AnWAR seperti biasa punya agenda sendiri di Selangor w/pun cuma Penasihat Ekonomi yang hingga kini tidak dijelaskan terma perkhidmatannya! Beliau mahukan Azizah sebagai Canselor baru. Konon kata rakyat yang mahu padahal AnWAR yang mahu sebagai balasan 'bantuan' Azizah terhadap beliau kebelakangan ini.

4. Azizah kini bergelar Datuk Seri anugerah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, AnWAR yang mengusulkan kuat kepada Lim Guan Eng. Kini beliau mengusulkan nama Azizah kepada TS Khalid, namun kurang disenangi Khalid. Lalu AnWAR menggunakan Azmin mempengaruhi Exco Selangor bagi menekan Khalid.

5. Tekanan juga dibuat melalui 'org dalam' UNISEL, iaitu melalui Ahli Lembaga Pengarah UNISEL Sdn. Bhd., Cik Faekah Hussein. (gambar) Beliau bekas setiausaha politik Dr. Wan Azizah semasa Azizah Ketua Pembangkang di Parlimen 2002-Mac 2008. Sejurus menawan Selangor, Faekah Hussein dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di UNISEL.

6. Cadangan Azizah sebagai Canselor dibantah hebat oleh YB Dr. Halimah Ali (exco pendidikan Selangor) yang lebih relevan membuat kenyataan berkaitan hal ini berkaitan berbanding Xavier! Tidak diketahui mengapa ini terjadi. YB Rodziah (juga exco) membantah cadangan nama Dr. Wan Azizah. Mereka dilihat mewakili suara MB Selangor.

7. Mereka cenderung menamakan Dr. Syed Husin Ali sebagai Canselor, sesuai dengan kepakaran Syed Husin dalam bidang akademik. Malangnya cadangan ini dicantas oleh AnWAR, Azmin dan yang seangkatan dengannya dengan mencadang Syed Husin sebagai Senator di Dewan Negara. Khalid "Gagap" terpaksa akur dengan permainan ini.

Kecenderungan AnWAR 'menghadiahkan' sesuatu kepada Azizah kebelakangan ini dilihat ada kaitan dengan kes liwat AnWAR yang sedang berjalan. Kemunculan nama Azizah sebagai saksi alibi kes ini juga memeranjatkan. Memang Azizah pernah dipanggil polis 2 tahun dahulu berkaitan kenyataan alibi Azizah tentang AnWAR, tetapi nama Azizah tiada dalam senarai awal sebagai saksi pembela/alibi di pihak AnWAR. Namun apabila nama Azizah disenarai secara tiba-tiba dalam senarai saksi alibi AnWAR, pasti ada yang tak kena!

Nantikan sambungan analisis tentang apa perkara yang tidak kena itu..... @ http://x-pkr.blogspot.com/2010/02/azizah-bakal-canselor-unisel.html.............

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP