Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Monday, January 18, 2010

AnWAR gadai Islam-Melayu demi cita-cita POLITIK??

1. Umum mengetahui guru AnWAR yang hebat dalam soal Melayu-Islam adalah Prof. Dr. Syed Naquib Al Attas. AnWAR menjadikan buku Syed Naquib "Islam dan Kebudayaan Melayu" sebagai teks wajib untuk dibaca dan disyarahkan oleh pimpinan tertinggi ABIM. Hingga ada yang menyatakan untuk menjadi pemimpin tertinggi ABIM, 'benchmark'nya adalah kebolehan memahami buku Syed Naquib ini.

2. AnWAR menjadikan asas melayu-islam ini sebagai tunjang perjuangannya dari zaman mahasiswa (60-an), ABIM, pra-politik (70-an), menyertai kerajaan hinggalah beliau dipecat pada 1998. Dinilai evolusi perjuangan AnWAR, asas melayu-islam tidak beliau tinggalkan w/pun perlakuan beliau banyak menimbulkan kontroversi melalui personalitinya yang kontras terutamanya dengan ulama'ulama' PAS.

3. AnWAR mengawal kegiatan 'islamic'nya melalui ABIM dan kegiatan 'sekular'nya melalui Institut Kajian Dasar (IKD). Melalui IKD beliau mempromosikan Muhammad Iqbal, Mahatma Gandhi,, Jawaharlal Nehru, Jose Rizal, Confucious dan Rabindranath Tagore. Titik pertemuan kesemua tokoh ini, mereka adalah 'reformis' tulen di negara masing-masing dan AnWAR mendapat pengiktirafan anrtarabangsa hingga digelar "Renaissance Man".

4. Hubungannya dengan ABIM diteruskan w/pun mulai longgar pada pertengahan 80-an hinggalah dipecat. Dalam ucapan aluan sempena Muktamar Sanawi (Tahunan) ABIM 1997 di Holiday Villa (setelah sekian lama tergelincir dari program ABIM), AnWAR menyatakan ABIM lah satu-satunya organisasi yang memperjuangkan konsep melayu-islam yang begitu praktikal di Malaysia dan sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia.

5. Setelah keluar dari penjara 2004, AnWAR dilihat telah mencabut akar melayu-islam dari perjuangannya. Tidak diketahui sebabnya. Mungkin terlalu banyak membaca Kitab Injil (spt yg beliau dakwa di Australia, ada video di bbrp laman lain)? Apakah juga AnWAR terlalu membaca banyak kitab tafsir spt yg beliau dakwa dlm ceramah-ceramah PAS? Atau apakah AnWAR memang sengaja merancang strategi demi dirinya?

6. Sejurus keluar dari penjara dan memimpin PKR secara langsung, AnWAR mengubah asas perjuangan PKR dari parti pelbagai kaum berteraskan melayu kepada parti pelbagai kaum shj. Kini tiada lagi hujah-hujah AnWAR yang menyatakan dalam konteks Malaysia, Melayu itu Islam dan Melayu itu pribumi dan ketuanan Melayu (Islam). Yang keluar dari mulut beliau sekarang adalah semua bangsa di Malaysia adalah sama, tiada ketuanan Melayu (islam) di Malaysia!

7. Terkini, AnWAR kata agama kristian boleh berkongsi "ALLAH" dengan umat islam Malaysia. Hujahnya, ia dipraktikkan di banyak negara lain. Hujah dari kitab rujukan AnWAR dulu iaitu buku Syed Naquib telah beliau abaikan. Syed Naquib merumuskan Melayu-islam ini begitu sinonim di Nusantara. Jadinya sekian lama 'budaya' melayu itu memartabatkan ALLAH sebagai Allah yang mereka sembah, ianya wajar dipelihara!

8. Belum lagi bicara soal 'aqidah jika kita berkongsi "Allah" dengan umat Kristian. Penulis serahkan kepada ulama' membahaskannya w/pun kita tahu akibat atas perbuatan ini. Dr. Siddiq Fadzil, bekas Presiden ABIM selepas AnWAR juga tidak bersetuju samasekali dengan pegangan AnWAR. Hujahnya, dalam konteks Malaysia ianya tidak boleh dibenarkan kerana ianya membawa lebih banyak kerosakan (fasad) daripada kebaikan. Hujahnya diperincikan dalam laman WADAH (sila cari dalam google) dengan begitu akademis sekali.

Di mana AnWAR kali ini? Gurunya dalam peradaban Melayu-islam awal-awal lagi menolak pendapat AnWAR jika mahu dihujahkan. Temannya yang dipanggil ustaz (Dr. Siddiq) juga menolak hujah AnWAR dan Dr. Mohd. Nur Manuty. Nik Aziz juga telah menolak saranan AnWAR dalam konteks Malaysia! Soalnya kini, siapa guru AnWAR yang membuat beliau beria-ia menyokong penggunaan Allah oleh Kristian? Apakah Confucius, Tagore atau Michel Camdessus (bekas Pengarah Urusan IMF) yang kini menjadi Paderi di Vatican City? Mungkin juga AnWAR dipandu oleh nafsu amarahnya yang mahu mengejar kuasa, mahu menutup kesalahannya dan membalas dendam terhadap sesiapa yang menyanggahnya selama ini

Sumber @ http://x-pkr.blogspot.com/2010/01/anwar-sesatkan-melayu-islam-di-msia.html

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Anonymous,  January 18, 2010 at 4:42 PM  

SORRY TERKELUAR TAJUK
======================

Aduh! Pening kepala Kak Wan,
Kenap pula Kak Wan pening ?
Macam mana tak pening, orang lain bermadukan perempuan, Kak Wan bermadukan jantan.
Sungguh pening dan memalukan…..belum pernah terjadi di-Malaysia ini….
Apa kak Wan, termasuk dalam Guiness Book of Records dan Malaysia Book of Records, hebat sungguh Abang Nuar kau tu….

kah...kah....kah...hehehehehehehe

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP