Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, November 10, 2009

NIZAR TERKINI : BERIBU-RIBU AHLI PKR KEMBALI KEPANGKUAN UMNO

* Bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis, Zainurin Yahaya bersama 200 ahlinya bertindak keluar parti tersebut untuk menyertai UMNO.Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PKR Padang Besar dan ahli-ahli parti itu menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.



    * Zainurin berkata, selepas ini, dijangka kira-kira 1,000 lagi penyokong PKR di negeri itu akan mengambil tindakan yang sama selepas mendapati perjuangan parti tersebut terpesong daripada dasar utamanya."Kami mengambil langkah ini selepas menyedari perjuangan PKR tidak berfungsi seperti yang digambarkan di peringkat awal kononnya untuk membela nasib rakyat," ujarnya.

    * Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Md. Isa di Kampung Sungai Siran, Santan, yang turut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Sabry Ahmad.Kata Zainurin, PKR Bahagian Padang Besar dijangka lumpuh kerana sebahagian besar daripada ahlinya akan menyertai UMNO pada bila-bila masa selepas mendapati UMNO lebih mementingkan akar umbi.

    * Beliau juga memberitahu, semua 200 bekas ahli PKR itu akan menubuhkan cawangan baru UMNO yang dikenali UMNO Cawangan Sungai Siran yang terletak di sempadan kawasan Parlimen Padang Besar dan Kangar."Kami akan berbincang dengan UMNO Perlis untuk membolehkan cawangan di Sungai Siran itu dimasukkan ke kawasan Parlimen Kangar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, yang mana wakil rakyatnya ialah Menteri Besar Perlis sendiri," ujarnya.

    * Sementara itu, Md. Isa pula mengalu-alukan kehadiran ahli PKR menyertai UMNO demi memperkuatkan lagi perjuangan dan perpaduan masyarakat Melayu. Beliau berkata, semua sedia maklum bahawa UMNO merupakan parti yang berteraskan perjuangan Melayu demi kepentingan rakyat dan berbekalkan dasar tersebut, UMNO kekal sebagai parti teras Barisan Nasional (BN).

Sumber @ http://anakmelayu30.blogspot.com/2009/11/200-ahli-pkr-keluar-parti.html

KOMEN : MANA BOLEH AHLI PKR ATAU ADUN PKR LOMPAT PARTI NANTI DEPA KATA LOMPAT KATAK TAPI KALAU AHLI ATAU PEMIMPIN UMNO ATAU MCA ATAU MCI PINDAH PKR BOLEH ITU HALAL  ITU REFORMASI.....HA HA HA HA ... APA PUNYA POLISI LAH. POLISI YANG AKAN MENJERUT TENGKOK SENDIRI.

IKLAN : Kami ingin berkongsi link hebat ini. Hanya Klik boleh dapat Wang! Ramai dah bersama team BERANI GAGAL. Anda bila lagi. Detail @ Dapat Wang Segera

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Radio 60'an November 10, 2009 at 2:56 PM  

bagus! more about PKR? visit my blog!

http://akudanradio.blogspot.com/

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP