Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Sunday, November 15, 2009

NIZAR TERKINI : AnWAR YAKIN SELANGOR AKAN JATUH KEPADA BN

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada pembangkang di Selangor supaya jangan cuba untuk menggangu gugat kerajaan negeri sedia ada.



Menurutnya, beliau, kepimpinan tertinggi parti dan semua ahli parti akan memastikan Selangor tidak akan dapat ditawan pembangkang.

Malah beliau yakin dengan keperkasaan dan kedudukan parti Selangor akan terus ditadbir dan menjadi markas perjuangan parti.

“Saya bertempur sebelum ini bukan secara langsung tapi sekarang silakan aku masuk gelanggang. Kamu masuk sentuh Selangor kita bertempur habis-habisan rampas semula,”katanya dalam Konvensyen PKR Selangor, pagi tadi.

Anwar juga meminta semua ahli parti merapatkan saf untuk menghadapi tentangan dan serangan pembangkang dengan mengingati janji untuk menegakkan keadilan khusunya di Selangor.

“Tanggungjawab kita memperbaiki prestasi yang ada memacu pertumbuhan, mensejahterakan rakyat, menentukan Tan Sri Khalid dan kerajaan negeri Selangor berjaya sepenuhnya,”katanya.

Perwakilan juga diterangkan mengenai bahawa pelantikannya sebagai Penasihat Ekonomi bertujuan membantu Khalid dan kerajaa negeri bukannya untuk menimbulkan ketegangan politik.

Justeru beliau megingatkan semua pimpinan negeri supaya jangan sesekali cuba mengamalkan rasuah kerana tekad PKR adalah untuk membanteras rasuah.

“Jangan ada anak-anak kecil nak main-main di sini. Ini saya ingatkan kerana saya ada pengalaman dalam hal ini. Jika ada anak kecil main kita tangkap dan lempar ke luar,”katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan mana-mana pimpinan mahupun ahli parti supaya tidak hanya taksub memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama sendiri kerana ia berlawanan dengan prinsip parti.

“Kalau tidak cukup baik jangan harap dapat bertanding semula di kawasan. Sementara ada waktu baik baiki. Baik Menteri Besar, Exco tidak ada siapa jamin kedudukan,”katanya.

Anwar berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat belum berjaya sepenuhnya melakukan perubahan kerana masih terdapat saki-baki budaya UMNO, MIC dan MCA dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga mengingatkan ahli parti supaya mengelakkan kerangka pemikiran kolot Barisan Nasional yang bersifat perkauman dan menindas.

“Itu pemikiran jumud, pemikiran yang kita lawan kita angkat semangat baru. Kita orang Islam, Melayu bela pertahankan nasib orang Melayu memartabakan Islam tapi jangan lupa membela nasib semua kaum, semua agama di negeri kita,”katanya

Beliau juga mengingatkan ahli parti supaya sentiasa mengingati perjuangan PKR yang membawa perubuhan kepada rakyat.

“Bahawa parti ini ditegakkan dari cita-cita murni yang dilaungkan oleh rakyat yang tertekan dan ingin perubahan,”katanya.

Sementara itu, pada sidang medianya Anwar berkata beliau sebagai Penasihat Ekonomi Selangor akan menmanfaatkan jaringan rapatnya dalam kelompok pemodal antarabangsa bagi menarik pelaburan lumayan ke negeri ini.

Beliau turut melahirkan keyakinan Selangor mampu mengemudi kecelaruan ekonomi dunia hari ini berdasarkan rekod urustadbir yang baik.

"Fokus saya adalah membantu kerajaan negeri menjana pertumbuhan ekonomi. Saya amat yakin dengan rekod urustadbir Selangor yang baik, seperti yang dilapor Laporan Ketua Audit Negara, dari segi kecekapan pengurusan dan pelaburan,” kata Anwar.

“Cuma saya fikir Selangor boleh menjalin hubungan yang lebih akrab dengan dunia luar, lebih ramai pelabur yang boleh kita undang. Belum cukup 24 jam selepas nama saya diumumkan Penasihat, sudah ada rakan saya dari Negara Arab yang mahu melabur. Mereka akan datang selepas Raja Haji,” tambahnya.

Sumber @ http://biaqpila.blogspot.com/2009/11/jangan-usik-selangor-atau-kami-serang.html

KOMEN : ANWAR SEMAKIN TAKUT SELANGOR JATUH KE TANGAN BN. APA LAH NAK TAKUT KALAU PRESTASI BAGUS PASTI RAKYAT SUKA KALAU TAK BAGUS SIAPA YANG SUKA. YA LAH TU PAKATAN TAK PERKAUMAN!!!!!!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Anonymous,  November 15, 2009 at 11:48 PM  

brader nuar ni sibuk kat Selangor....Apa dah jadi kawasan parlimen permatang pauh yang dikuasainya....adakah kawasan itu terbela.

cukupkah pembangunan di sana.......aku nak tanya orang permatang pauh....ada tak nampak muka haram ni kat sana laksanakan tugas sebagai wakil rakyat kawasan itu....

Tengo DS Najib. walau macam mana sibuk pun Pekan tak dilupakan....tahniah dan syabas DS najib...

Pegi jahanam dengan Brader Anuwar bin Ibrahim(BABI)!!!!!!!

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP