Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang : Artikel Al Bakistani penuh dengan hasutan dan kebencian - Mesti Di siasat POLIS.

Dilihat pada wajah anak muda yang ditetak oleh pemuda UMNO adalah wajah anak melayu, cumanya tidak diketahui melayu jenis mana; melayu jawa, atau melayu banjar, atau melayu terengganu, atau melayu kedah, atau melayu kelantan atau sebaginya. Yang pastinya, anak muda itu adalah anak melayu yang beragama Islam.

Memandangkan anak muda tersebut tidak sealiran parti dengan pemuda UMNO, waima sebangsa sekalipun, menyebabkan anak muda itu sanggup ditetak sedemikian rupa; sehingga sanggup menggunakan pedang samurai untuk menetak sehingga melahirkan luka yang parah.

Dengan kejadian berlaku ini, membuktikan pertembungan antara PAS - UMNO bukan isu bangsa atau warna kulit, sebaliknya ia adalah isu pertembungan antara iman dan kufur.

Sejarah telah membuktikan, sebarang peperangan yang tercetus yang melibatkan islam, ia bukan bermula dari pihak islam, sebaliknya ia bermula dari pihak kufur. Makanya, tindakan UMNO menetak anak muda dari parti PAS ini, membenarkan kandungan sejarah islam yang berlaku sejak zaman Nabi Muhammad sehingga kini.

UMNO sebagai sebuah parti bangsa, sama seperti perjuangan Quraish yang menetang nabi SAW. mereka menentang Nabi dengan alasan bangsa, sedangkan nabi SAW ketika itu memperjuangkan Islam.

Memandangkan bangsa menjadi paksi utama orang-orang Quraish, menyebabkan mereka sanggup melakukan penyeksaan dan pembunuhan terhadap sahabat-sahabat Nabi yang sebangsa dengan mereka, semata-mata kerena para sahabat itu beriman dengan Allah dan Rasulullah SAW.

Keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia, yang melibatkan antara PAS dan UMNO. PAS parti islam, sedangkan UMNO parti melayu. Islam perjuangan PAS ditentang oleh UMNO. Tentangan UMNO terhadap PAS, sehingga sampai satu tahap sanggup melakukan tindakan seakan-akan mahu membunuh.

Malahan, dalam sejarah juga telah membuktikan, bahawa sudah banyak pembunuhan yang telah UMNO lakukan terhadap PAS, seperti dalam tragedy Memali, pembunuhan terhadap Profesor Zulkifli Ahmad dan banyak lagi.


Apa yang pasti, pertembungan sebegini; sehingga mencetuskan pertumpahan darah, ia pasti akan berlaku. Ia sudah berlaku sejak zaman nabi SAW lagi, dan berterusan sehingga hari kiamat.

Keadaan ini berlaku kerana, di Makkah dahulu wujudnya kafir Quraish, tetapi di Malaysia kini wujudnya kafir melayu.


Sumber @ http://g-82.blogspot.com/2009/10/pas-vs-umno-adalah-pertembungan-antara.html

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP