Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, October 6, 2009

Bagan Pinang : Apabila Al Quran digunakan sewenang-wenangnya oleh Pemimpin bukan ISLAM

Islam bukan agama untuk orang Melayu saja. Islam juga bukanlah agama untuk orang Arab semata-mata. Islam ialah satu cara hidup yang universal. Nak faham Islam, baca al-Quran. Nak faham Islam, lihat hadis. Nak faham Islam, berguru dengan ulamak muktabar. Saya tak ada masalah sekiranya orang bukan Islam membaca al-Quran sama ada untuk tujuan belajar atau menjadikannya sebagai panduan.

Bagaimanapun, apabila ayat-ayat al-Quran dipetik bagi menjustifikasikan sesuatu tindakan politik, maka saya tak dapat bersetuju. Hal ini dilakukan oleh orang Islam. Hari ini, ia diikuti oleh bukan Islam. Al-Quran bukan lagi dijadikan panduan hidup dalam erti kata kita melakukan sesuatu berpandukan apa yang terkandung di dalam kitab suci itu. Sebaliknya, ayat-ayat tertentu al-Quran dipetik bagi menjustifikasikan sesuatu tindakan.

Buat dulu. Nak halalkan perbuatan itu, selak dan cari ayat al-Quran yang sesuai. Tak jumpa dalam al-Quran, belek pula hadis. Kalau tak jumpa hadis sahih, dapat hadis daif pun tak kisah. Asalkan hadis itu boleh menyokong sesuatu yang kita lakukan.

Begitulah hinanya kita memperlakukan al-Quran. Itulah yang berlaku apabila ayat-ayat al-Quran menjadi bahan dagangan. Ia sama seperti petikan kata-kata selebriti untuk menjual produk kecantikan -- "Selepas menggunakan produk ini, berat badan saya turun 5 kg. Ia sebegitu mudah!" Begitulah.

Saya fikir itu bukanlah cara yang betul untuk menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Biar saya katakan bahawa kalau Ahmad gunakan dengan cara ini salah. Ah Chong gunakan pun salah. Malah, kalau Gobalakhrisnan petik ayat al-Quran dan bersyarah di atas pentas politik dengan cara ini pun salah juga.

Saya tidak melihat satu keanehan sekiranya seorang bukan Islam yang tidak beriman dengan al-Quran, tidak percaya kepada Allah s.w.t. dan Rasullullah s.a.w. boleh memetik ayat-ayat al-Quran dan membacanya di depan umat Islam.

Ah, itulah politik meraih undi. Ingat lagi tentang "political marketing"?

Sumber @ http://nobisha.blogspot.com/2009/10/ayat-al-quran-produk-kecantikan.html

KOMEN : POLITIK MENGHALALKAN SEGALANYA.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

YANG GAMBI October 6, 2009 at 7:39 PM  

Apa nak heran,....... kalau Nik Aziz tersengeh-sengeh bila dengar Nga baca ayat Quran depan dia.....

Puak-puak ni sudah terlalu jemu dengan ulama dan usatad PAS baca dan tafsir Quran unutk mereka, dah berpuluh tahun PAS guna pakai, sebab iru selera mereka beralih arah, suka pulak dengan dari orang macam Gobala beri nasihat pada mereka.....

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP