Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, October 20, 2009

1Malaysia : PAS tidak bersatu untuk menerima Bukan Islam

Jawatankuasa pusat PAS masih beriltizam untuk menaikkan taraf kelab penyokong bukan Islam sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.

Komitmen itu disuarakan "secara umum" oleh anggota-anggota jawatankuasa itu dalam mesyuarat hujung minggu di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, kata Ketua Pemuda PAS.

"PAS pusat (masih) menunggu draf cadangan menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) menjadi sayap parti sebelum keputusan rasmi dibuat, sama ada melibatkan pindaan perlembagaan atau penambahan peraturan kecil (dalam perlembagaan)," kata Nasrudin Hassan ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, isu menaikkan taraf KPP tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat tersebut.

Menurutnya lagi, iltizam itu juga bertepatan dengan ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyeru agar KPP diperkasakan dalam ucapan dasarnya di muktamar, Jun lalu.

Diminta mengulas draf awal jawatankuasa teknikal, Nasrudin berkata beliau tidak pasti klausa atau peraturan akan dipinda atau ditambah.

"Sekiranya tidak membabitkan polisi parti, ia hanya dibicangkan di peringkat PAS pusat.

"Tetapi jika melibatkan polisi parti, yang membabitkan pindaan perlembagaan, ia perlu kepada muktamar khas," katanya.

Malaysiakini difahamkan draf awal jawatankuasa teknikal bagi mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan parti bagi menaik taraf KPP telah diserahkan ke ibu pejabat.

Jawatankuasa teknikal ini telah mengadakan pertemuan di Kedah bulan lepas – dengan penyertaan anggota Majlis Syura Ulama – bagi membincangkan isu tersebut tetapi majoriti tidak bersetuju menaikkan taraf KPP sebagai dewan.

Ahli-ahli bukan Islam, jika diberikan kuasa sebagai dewan, dibimbangi akan mendesak PAS untuk mengubah dasar-dasar parti.

Bagaimanapun jawatankuasa teknikal itu bersetuju memperkasakan KPP tetapi masih lagi dikawal selia di peringkat jawatankuasa pusat PAS, bukannya sebagai sayap parti.

Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Hashim Jasin pula berkata jawatankuasa itu kelmarin belum bersedia meminda perlembagaan untuk menguatkan lagi penyertaan bukan Islam.

Ahli jawatankuasa PAS - juga pengerusi lajnah perpaduan nasional yang ditugaskan menyelia KPP - Mujahid Yusof setakat ini gagal dihubungi.

Sumber @ http://www.malaysiakini.com/news/115436

KOMEN : BERMULANYA TITIK KEHANCURAN APABILA PAS BERSETUJU UNTUK TIDUR SATU BANTAL DENGAN DAP.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP