Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Friday, October 16, 2009

1Malaysia : Berakhirnya KUASA politik ISLAM

Rakyat Malaysia terus dihidangkan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang terakhir di Permatang Pasir dan yang terbaru giliran pengundi di Bagan Pinang. Belum pernah berlaku suasana begini sebelum ini dimana SPRM perlu mengadakan PRK dari satu kawasan kepada suatu kawasan.


Kenapa jadi begini? Pada pengamatan akulah sebenarnya Malaysia sedang diuji Allah swt kerana Pemimpin dan Penyokong terlalu memikirkan Politik justeru itu maka Allah bagi fikir atas politik kepada Rakyat Malaysia dengan diadakan PRK hasil daripada macam-macam sebab samada Pemimpin yang dipilih letak jawatan atau meninggal dunia.

Setelah Nabi saw diangkat menjadi Rasul, Baginda berjuang selama 13 tahun di Mekah untuk mengESAkan Allah. Kemudian Baginda berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu daripada Allah. Di Madinah hasil kerjasama dengan penduduk tempatan maka Baginda telah menubuhkan sebuah kerjaan Islam. Bermula dari Madinah kerajaan Islam telah berkembang hampir ke 2/3 dunia. Baginda dan Khalifah selepas Baginda telah mengutuskan utusan beserta surat kepada Pemimpin Dunia supaya mengESAkan Allah. Baginda dan Khalifah telah menolak berbagai offer antaranya Kuasa, Harta dan Wanita DEMI menESAkan Allah swt.

Politik itu adalah sebahagian daripada sistem kehidupan. Nabi saw dan Para Sahabat menggunakan sistem syuro dalam mentadbirkan Negara. Dalam setiap mesyuaratnya yang paling diutamakan adalah urusan akhirat dan kemudian barulah dibincangkan urusan dunia. Dalam apa juga keadaan Nabi saw dan Para sahabat mengutamakan urusan yang mengESAkan Allah dengan sentiasa berusaha supaya semakin ramai manusia di dunia menyembah Allah dan juga memastikan umat Islam semakin dekat dengan Allah setiap masa. Insyallah apabila umat islam mengutamakan Allah maka semua urusan dunia akan dapat diselesaikan dengan hanya solat sunat 2 rakaat.




Ramai teman-teman aku berkata kita perlukan Politik kerana Kuasa Politik boleh menyelesaikan masalah Rakyat. Kita perlukan Kerajaan kerana dengan kerajaanlah kita dapat memastikan Islam terus bertahan. Jika PAS mengatakan UMNO gagal menegakan Islam di Malaysia jadi apa gurantee apabila PAS memerintah, PAS dapat menegakkan Islam. Allah telah membuktikan bahawa sebenarnya Islam bukan ditegakkan kerana Kerajaan contohnya 30 juta Islam di China lebih Islam daripada 350 juta Islam di Indonesia, Malaysia, Brunei, Pakistan dan Bangladesh yang diperintah oleh Islam.

Tak salah kita berbeza pendapat dan berbeza parti tetapi jangan kita halalkan semuanya kerana Kuasa Politik. Cuma Aku begitu risau melihat umat Islam di Malaysia begitu mengutamakan kuasa politik lebih daripada mengESAkan Alllah. Allah sedang melihat kita, jika kita fikir risau atas politik maka Allah akan bagi kita sibuk dengan politik tetapi jika kita fikir risau atas Allah maka insyallah Allah akan bantu selesaikan semua urusan dunia yang terlalu kecil berbanding dengan urusan akhirat yang kekal abadi. Teringat aku akan pesan Allah "Kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Kuasa atas segalanya."

Sumber @ http://denaihati.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-berakhirnya-kuasa-politik.html

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP